Pages

Wednesday, December 18, 2013

TEARS FALL AGAIN

*senyum*

Walaupun kat sini (hati) pedih. Pedih sangat. Allah, please make me strong. Daddy's little girl, stay strong sayang. Please stay strong. Allah loves you.

Aku tk terkejut dgn semua ni. Sebab aku dah jangka. *senyum lagi* Sejak soalan tu dituju kt aku, aku sedar diri. Cuma, aku terkilan. Sebab tk sangka apa yg aku jangkakan tu betul betul jadi. Kenapa aku? Wahai hati, bersabarlah.

Deep.
Sarah.

Friday, October 25, 2013

SETEGHES

Hai semua. Abu saya sakit lah. So kena hantar kedai. Dan bil rawatan dia mahal. Huhu. Habis duit aku sebab rawat abu. Yang orang kedai ni pun satu hal. Aku suruh isi yg 2010 punya. Dia isi 2007 punya. Haishhh --' Sabar jelah. Hahahahaha :D 

Wednesday, October 23, 2013

ZELLO MELLO

Assalamualaikum :D


Tetiba je letak gambar ni kan. Haha, suka hati saya lah. Ini kan blog saya.. Nak tab ni boleh? Hihihi, tapi mahal la. Haigooo --' sedang mengumpul duit ni ha. Almaklumlah, orang tak bekerja kan. Bhahahahahaha
But mesti lagi sweet kalau ade orang bagi hadiah kan? Haha, sarah mamai ehh. Celah mana orang nk bagi ha?

Ehh cerita pun cerita jugak. Result dah nak keluar katanya. Waduhhhhh, seram bangat ! Takut takut. Huhhh harap harap result okay. 

Monday, October 14, 2013

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum, ohh hai everybody 


Jyeahh ! Tersangatlah heaven bila dah settle semua exam. Best gilaaaaaaaa ! Tapi sakit sikit lah bila nk keluar result tu. Haha, itu adalah rutin yg biasa berlaku. Alhamdulillah, Allah bagi aku tenang hati. So far. I am so grateful. Berharap sangat yg ketenangan ni, kekal dalam diri. Allahurobbi.

Tatkala semua orang gembira. Oops, lupa nk mention. Gembira dating bersama couple masing masing. hihi.
Aku hanya mampu mengucap syukur yg tak terhingga padaNya sebab aku tak terjebak dengan segala tipu daya duniawi dan juga. terhindar dari segala maksiat. Aku hanya manusia biasa. yg pernah melakukan dosa. Masih mengharapkan keampunan dariNya :') Aku berserah diri padaMu Allah.

Seperti gadis lain. Aku juga mengharapkan agar dikurniakan zauj yg menyayangi aku keranaMu. Sungguh aku bermohon Ya Allah. Diri ini sangat memerlukan seorang hamba yg tidak melupakan Engkau sebagai Penciptanya. yg ikhlas menerima diri ini, seadanya. Pintaku, semoga diri ini akan terus berubah ke arahMu.
Istiqamah utk menjadi yg solehah. dan dalam setiap apa yg dilakukan. Aaminnn. 

Wednesday, September 25, 2013

FINALLY ITS FINAL !

Assalamualaikum awak awak dan awak ! 
Hehew :P Kepincangan emosi di sini. Abaikan saya ! 
Minggu ni tough gila schedule aku. Haha. Dan sangat rushing.
Berserabut kepala otak aku. Mana nak pikir assignment.
A lot of quizes lagi ! Arghhhhhh. My God.
Presentation lagi. Huwaaaaaa. But Thanks Allah. 
Semua ni akan tamat.


Yes. Finally. Semester ni kan tamat bila-bila masa je ! Huhh. Tersangatlah bahagia rasanya. Tak sabar nak duduk rumah. Dengan family. Dua bulan ! Woot woot :) Mak, jom balik kampung. Hikhik.

But before that. Masih ada final exam sarah. Jangan lupa tu :) In shaa Allah will perform  much better ! Yes i will. Oh Allah. Please be with me. In such single time. Alhamdulillah. Thank you.


Semoga Berjaya sarah.
May Allah bless me. 
Thanks Allah.

Sunday, September 22, 2013

CONFUSE

Assalamualaikum semua. 


Selalu rasa tak sedap hati kebelakangan ni. Taktau lah kenapa. Hanya mampu berdoa, semoga semuanya berjalan lancar. Oh Allah. Tolong tenangkan hati ni. Hati ini milikMu

Aku baru dapat rasa kehidupan luar yg sebenar. Kalau sebelum ni, semuanya aku bergantung pada orang. Rasanya sekarang dah tiba masanya utk aku buat sendiri. Ya, hakikatnya memang susah. Haha. Kadang kadang rasa mcm nak jerit je. Tapi sabar wahai sarah. Allah tu selalu ada.

Rasanya masih terlalu awal utk aku ada komitmen dgn seseorang. Cukuplah komitmen dgn keluarga dah pelajaran. Maaf. Bukan aku taknak. Tapi hati ni terasa payah. Segalanya masih segar di ingatan. Bukan apa. Aku belum cukup bersedia utk terima segala kemungkinan. Kalau boleh, aku nak, biarlah kali ni yg terakhir. Beakhir dgn kebahagiaan. Pernikahan. Sah. Itu lebih melegakan hati ni. Dan paling penting, itu lebih berganda pahalanya.



bersabarlah wahai hati.
sarah.

Saturday, September 14, 2013

MAK DAN AYAH

Assalamualaikum, hai semua :D
Harini rasanya nk kongsi sesuatu. Kejap ehh,upload gambar dulu.


Hihi, okay. Inilah gambarnya. Sangat bahagia kan? Alhamdulillah. Bersyukur sangat diri ni. Terima kasih Allah. Walaupun mereka taklah sempurna, taklah normal mcm mak ayah korang. Tapi mereka adalah mak dan ayah saya :) Aku tak pernah malu utk ada mereka dalam hidup. Sebab tanpa dorang, aku mungkin takkan ada sekarang. Dan aku takkan ada utk menaip blog di sini. Hehe. Dan korang pun takkan tau pasal dua orang insan ni. ( started to cry. Oh Allah )

Seriously. Sepanjang hidup aku, aku bahagia ada mereka. Korang bertuah. Sebab ada mak dan ayah yg tengok korang membesar. Tapi sayangnya, kiteorg tak. Penglihatan mereka ditarik masa umur 20-an. Bertemu jodoh di pusat orang buta. Berkahwin. Dan mempunyai anak. Dan masa tu dorang tak ada pilihan lain selain terus membesarkan kami tanpa penglihatan. Bunyinya macam susah kan? Ye, memang susah.

Jangan risau. Jatuh longkang. Langgar tiang. Dan seumpamanya. Itu semua perkara biasa bg orang orang mcm mereka. Tapi utk dapatkn rezeki, terpaksalah harungi. Siapa yg nak jadi buta? Susah kalau hidup tanpa deria penglihatan. Tapi apakan daya. Allah tu Maha Kuasa.

Kami tak macam org lain. Dari kecik, kamilah yg kena jaga mak dan ayah. Alhamdulillah, kami tak jadi anak terbiar. Kadang kadang diri ni teringin sangat nk tengok mak dan ayah kembali normal. Supaya mereka dapat tengok wajah wajah kami :) Allah is fair. Siapa tahu boleh jadi kenyataan kan. Allah knows better. I trust on miracle, In shaa Allah ape pun boleh jadi when He says kunfayakun. Okay, air mata aku tak berhenti jatuh dari tadi, Huhh

Sekarang aku dah besar. Kerana mereka membesarkan aku dgn cukup segalanya. Tiba masanya utk balas budi mereka. Budi baik yang tak terhingga. Sebab sanggup besarkan aku dgn segala kepayahan ! Hargailah mak dan ayah korang okay. Ya Allah, I pray for them. Please, bless and protect them here and the day after. Wherever they are, please give them a good health. Grant them your Jannah. Bless them in dunya wa akhirah Aamiin.

Terima kasih Pn Aminah dan En Sabri.
I LOVE BOTH OF YOU WITH ALL MY HEART

Friday, September 13, 2013

I AM STRONGER ENOUGH.

Assalamualaikum :D 
Hehe, taktau lah kenapa. Lately ni rasa macam nak update
selalu je blog ni. Ahahaha. Mengada je kan. ikut suka aku lah.


Tak semua orang yg nak kongsi cerita dengan kita. Sometimes people lebih comfort simpan kesedihan tu dalam diri. Kita pulak jangan lah paksa paksa. If orang tu taknak share, biar jelah dia. Maybe dia belum ready lagi. 

Orang yg biasanya kita tengok dia happy gila, kadang kadang dia taklah sehappy yg kita tengok tu. Got it? Orang mcm ni dah biasa buat hidup org lain ceria. So bila dia sedih pun, dia still nak buat people around dia to be happy. Nice kan? Dia just taknak tunjuk kat orang yg dia tengah sedih. But whatever it is, kita mesti boleh agak apa dia rasa masa tu. 


Just to let you know. 
Harap harap aku akan jumpa someone yg macam ni. 
Yang akan terima aku seadanya. 
Yang sanggup nak jaga aku and guide aku.
 Till the Jannah. 
Aaminnn. 

Hati dan diri ini milik Allah.
Jadi, mintalah padaNya.
Waiting for you, En Suami.

Wednesday, September 11, 2013

JUST BE YOURSELF

Dalam hidup ni, mmg betul, kena jugak bergantung pada orang lain. Tapi jangan lupa. Kalau selalu sangat bergantung dekat orang pun tak boleh jugak. Sesekali cubalah buat sendiri. Siapa tahu nanti orang tu dah takde, senanglah kita nk berdikari kan. Cuma beringatlah, siapa kita sekarang mesti ada someone kat belakang kita. Yang always support kita dari dulu. Dalam setiap kegembiraan tu pasti ada org lain. Even ada orang yg cakap dia tk depends on other people, semuanya dia buat sendiri, sebenarnya dia tipu. Setiap orang akn bergantung pada org lain. Kita takkan boleh buat semuanya sendiri . NEVER ! 

Therefore, janganlah berlagak and sombong sangat. Kalau jadi manusia tu, fikir sikit. Sehebat mana pun kau. Setinggi mana pun jawatan kau. There will be another person behind you. Think before you say. Without others, you are not who you are now !

xoxo,
sarah.

Monday, September 9, 2013

BUSY BUSY BUSY !

Hai semua :D


Just think positive okay. Dalam hidup ni memang banyak dugaan. Sometimes benda yg kita harapkan sangat, takkan jadi. Tapi part yg kalau boleh kita taknak langsung jadi, mesti terjadi ! Haha. Masa tu mesti rasa macam arghhhhh ~ Frustrated ! Down gila bapak aah. Kan kan ? Pastu ada pulak yg cakap 'knpa jd mcm ni.' and 'knpa aku.' Haha. Tapi apa boleh buat? Sabar adalah keputusan yg paling tepat sekali. Allah tu ada mcm mcm rancangan ! Sabarlah, this is fate. Allah takkan uji tau kalau kita sendiri tak mampu. Percayalah. Rancangan Dia selalu yang terhebat ! He has set up everything, put your trust on Him. Everyone deserve happiness.

Dah nak dekat dekat habis nih, bertambah bnyak kerja yg nak kena settle. Okay yg paling penting, paper
history tk dapat lagi --' Sir sir. Bila agaknya saya boleh dapat markah saya? Ahahaha. Tak apalah sir. Just keep it, Its oky ! Nampaknya carry mark tk berapa okay. Apa lagi. Kena kasi struggle lebih lah dekat paper final nanti. Pastu a lot of quizes ! And presentation. Plus assignments ! Oh my Allah. May Allah bless me. Hopefully everything gonna be okay. Aaminnn. 

XOXO.
SARAH.

Thursday, September 5, 2013

SUKA HATI AKU LAH

Assalamualaikum :D
Hello silent readers saya. Hehew~
Pernah ada perangai yang mcm ni tak?

Okay, ni semua cover phone yang aku ada. 
Korang rasa aku membazir?
Weh, meh sini nak kasi tau. 
Suka hati aku lah nak beli banyak
mana pun. Ada aku mintak duit sapa-sapa?
except from my parents !

Just put yourself in my situation okay? :)
Ini semua kepuasan.  Mungkin korang tak
membazir macam aku. Beli cover semua nih.
Tapi dalam hal lain? Takkan tak ada kan?

Cuma nak pesan kat sapa-sapa yang terasa :)
Jangan cakap apa-apa kalau taktau apa aku rasa.
Haha, jaga hal sendiri okay?? 
Bila kau ada kat tempat aku, then you'll know how wonderful this feeling.

xoxo,
sarah. 

Monday, September 2, 2013

WEEKEND

Assalamualaikum semua


Wohoooo~
Macam mana hujung minggu korang? Hopefully best EVER !
Seronok gila melagho dengan roomate2 aku haritu. Haha :)
Melagho dua hari, samapai kerja pun tak buat ! haha, lantak kauuu

apa apa pun, lagho kena dahulukan. Then baru settle kerja. 
Hehew :p Bukan selalu pun nak buat  

Tuesday, August 27, 2013

FUTURE HUSBAND

Hai awak semua :D
Okay, ni nak share something. Bukan ayat sendiri tau, copy dari Facebook
of course. Haha. From kak Heliza Helmi punya FB ni :)

Bismillahhirahmannirahhim. Assalammualaikum, Bakal Suamiku... Bakal Imamku... Bakal Pemimpinku... Bakal ayah kepada anak-anakku... Saya tak tahu awak siapa? Awak berada dimana sekarang? Tapi saya tahu Allah dah tetapkan jodoh kita berdua. Saya sentiasa tertanya-tanya siapakah awak? Saya selalu rindukan awak walau saya tak tahu siapa awak. Suatu hari nanti andai sampai waktu saya bertemu dengan awak, saya harap awak dapat terima saya seadanya. Begitu juga dengan saya . In shaa Allah, waktu itu semua orang akan restui hubungan kita. Saya tunggu waktu itu. Sungguh saya tak sabar nak Solat Berjemaah dengan awak, nak masak untuk awak, nak jaga awak, nak sayang awak sampai ke Jannah. Awak, saya tunggu awak. Sampai masa nanti, datang jemputlah saya. Kita bina hubungan yang halal. In shaa Allah. Hubungan tersebut kekal hingga ke syurga. Saya nak jadi Bidadari awak disyurga kelak jika Allah izinkan. Saya tunggu awak waktu tu :')

SUCH A NICE PHRASE

Assalamualaikum semua, hehe :p

*cantik sangat kejadian alam

" When someone leaves something for Allah's sake, Allah will replace it with something much better. Soon, In Shaa Allah, that guy will be an after thought. Plus, Allah will give you A HUSBAND. That is the best man, EVER, that have faith in your Lord. At that time, he's yours. and. You left the Haram for the Halal. Of course, for Allah's sake. "

Saturday, August 24, 2013

BILA HATI BERCAKAP...

Ya Allah , 
Aku mnta izin . 

Bila suatu saat aku jatuh cinta ,

Jangan biarkan cintaku untukMu berkurang ,
Hingga membuat aku lalai adanya Engkau .


Bila suatu saat aku jatuh cinta ,

Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu .

Pilihkan untukku ,
Seseorang yg hatinya penuh dengan kasih dan cintaMu ,
Dan membuat aku makin mengagumiMu .


Bila suatu saat aku jatuh cinta .

Pertemukanlah kami .
Jodohkanlah kami .
Satukanlah kami .
Berikanlah kami kesempatan , 
Untuk lebih mendekati cintaMu .


Jika suatu saat aku jatuh cinta ,

Jagalah cintaku padanya ,
Agar tidak melebihi cintaku padaMu .
Agar tidak berpaling hatiku dariMu .

Izinkanlh aku menyentuh hati seseorang ,
yang hatinya bertaut padaMu .
Agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta .


Jika aku mulai rindu padanya ,
Jagalah rinduku .
Agar aku tidak lalai merindukan syurgaMu .


Pintaku yang terakhir .
Seandainya aku jatuh cinta ,
Jangan pernah Kau palingkan wajahMu dari ku .

Anugerahkanlah aku ,
CintaMu dan cinta dari insan yg juga mncntaiMu .
Seandainya telah Engkau catatkan dia menjadi milikku ,
Tercipta untukku ,
Satukanlah hatiku dgn hatinya .

Peliharalah diriku dari rasa kecewa .

Ku pohon agar Engkau sentiasa memperkuatkn cinta kami .

Sepertimana kuatnya cinta Adam & Hawa .
Mengertilah . diri ini amat menyayangi dan mencntainya

xoxo,
sarah.


Thursday, July 4, 2013

A LOT OF THING TO DO

Assalamualaikum semua :)
Semakin sihat nampaknya . Heheh. Ohh, aku baru raya !
Over sekejap . Lantakkkkkk , blog aku. Hahah


 Ya Allah. Sem ni seriously berterabur gila kot . 
Apa yang terabur entah ?
Mean is, serabut la weh .

Dah two weeks masuk class, sekali tukar jadual ! 
Gila tak bengang aku jah oiiiii . Dah la aku penat print jadual .
Buat lawa gila kalau boleh , pastu siket punya besar
jadual tu ! Sekali tukar . Hadoi , aku lahaiiiii .
Sayang sangat sangat uia ni ha kan .

 
Ahahhh :D Ini dia . Assignment pun dah dapat .
Okay , yang paling penting is . Pointer kasi naik sarah :)
Kalau tak , habis . 

xoxo,
sarah.

Thursday, June 27, 2013

The story is...

Assalamualaikum semua.. *cough 

Tak paham lah . Boleh je kot treat kiteorg mcm student biase .
 I mean is, treat us in level of university student .
 Not like primary school student .
Dear my beloved lect . Grrrrr . You're so and so . 


Oh my God . Why ehh this sem nak guna a lot lot and lot of money ?
Haigooo =_=' Elaun pulak masuk bukan main lambat lagi .
Memang menguji kesabaran sungguh . Bukan kesabaran aku .
Tapi mak ayah aku lahahahaha . Sebab dorang yang supply money !
Tu dia, supply kau . Hambik . 

#When you get to know another person, you also get to know yourself
and when you get to know yourself, you learn how others affect you . 

Get well soon,
xoxo, sarah.

Thursday, June 20, 2013

Take every chance. Drop every fear.

Assalamualaikum semua .


Haha. Ramai student tengah stress + tension sekarang ni. Semuanya pasal add drop session ! Biaselah , bile dah mula sem baru. Tu jelah masalah budak budak UIA ni. Mesti pasal add drop. Aku yang teman roomate pun stress dibuatnya =_=' Okay, since aku dah masuk kelas. Huhhh ~ Rasenya sem ni buatkan aku lagi takut lah. idk. Maybe sebab cocourse yang agak payah untuk score kot. Errr, actually bukan maybe. Tapi memang itulah sebabnya ! 


Its okay sarah . Relax dear , you can do more and more . 
Even better and better ! Good Luck ! :D

Take every chance.
Drop every fear. 
xoxo, sarah.

Sunday, June 16, 2013

Semester baru

Hai assalamualaikum sayang sayang aku semua :D 

Okay, sekarang sudah pun masuk sem baru. Dapat level tiga.
But unfortunately, aku dapat wing D ! Ha hambik kau, kasi BOLD siket .
 OMG ! kenape mesti dapat wing belakang ni?! Grrr~ 

Look sarah. Kau sekarang berada di tahun kedua. Last year sarah . 
Bagi la habis genap genap dua tahun jer . Jangan extend okayh.






wish me LUCK !
xoxo, 
sarah.

Friday, June 14, 2013

result oh result

Hai Assalamualaikum ! :D Pagi yang indah kan? Iye, but not for all CFS 
student. Why? Haha . Ni makan dia . 


Result dah keluar la . So pakat pakat mendiamkan diri je . Those who got good result,
Alhamdulillah la kan . Ade rezeki Allah nak bagi :) Those yang biase biase 
je tu, relaks kawan . Perang baru nak mula ni . Jangan mengalah okay . haigooo =_='
*pesan kat diri sendiri sebenarnya!


Okay . Result pun dah klik . HAHA . Cuti pun dah nak habis . 
Sem baru dah nak mula . Bittaufiq wannajah sarah . In shaa Allah boleh sayang
Usaha kay . Dah usaha tapi tak dapat, itu lain cerita ;) Till then . Daaa

xoxo.
sarah.

Thursday, June 13, 2013

sem break

hai silent readers ! 
Errr, actually taktau lah nak update benda hape . 
Tapi sebab dah lame gile kot tak sentuh blog ni, kenalah update jugak .
tengok macam dah besawang jer . 
Lagipun permintaan orang ramai suruh update ni . haha Puihh -_-'

Sekarang tengah sem break. Okay sarah,tak payah nak gah sangat lah kan
Tak lame mane pun weh . Three week macam tu jer *flip hair
MOTIF ? Grrrr .
Balik je rumah, then balik kampung seminggu .
Biaselah parents i, pantang ade cuti siket  :) HAHA ( bongok ! I siket lah )
Okay as usual lah kan . kena drive gile lame jah ! 
Retak seribu pinggang aku yang tak berapa nak ade ni haa .

So kat situ habis dah cuti aku seminggu .
Now, bermulalah part yang membosankan pada musim cuti aku HAHA ! 
Apelagi, jadi bibik la kan lilooooooo . Dah lame tk jadi bibik
*kat rumah sendiri 
Ahaa . Actually ni i buat part time je ! Wohoooo :D

Tak boleh nak seronok sangat dah . Result pun tinggal nak klik jer .
Then i'll start a new journey . Fuhhhh 
OMG . Kena perang lagi ? Tak ape sarah . JIHAD tu ;)
Pahala mesti cari sampai mati .


okay, wish me luck 
xoxo ! 

Tuesday, April 30, 2013

FINAL

Lamenya tak update blog usang ni . And lame dah tak renovate plus upgrade blog ni . Malas lahh, tunggu rajin :p Banyak benda nak cerita, tapi sayangnya . Gue ini hanya manusia biasa . Yang sudah semestinya pelupa ! HAHA  

Now nak cerita pasal final exam yg bakal menjelma . Hehe . Semua pakat pakat stress sekarang ni . Termasuklah aku . Relax, relax brother . Relax sister ( why must this song exist in this world? ) 

Haha . Okay, with the carry mark which was very very disappointed me ! I'm not preety sure that I can passes all the papers :( but nvm . Whatever happen, kite kena selalu bersangka baik kan ? In shaa Allah . Mane tau kot Allah nak bagi . REZEKI. Siapa yg taknak kan . Takpe, kita usaha je dulu . Yang lebih tu bukan tugas kita :) CHAIYOK SARAHHHHHHHHH..! Wuhuuuuuuuuuuuuuuuu :D 

Selamat mengulangkaji pelajaran semuanya :) Semoga sukses selalu yekkkk  BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN 

Tuesday, March 26, 2013

SEDIH AGAIN & AGAIN

Assalamualaikum 

Sedih sangat sebab tadi dapat paper midterm CI. Sumpah down gila kot. Hurmmm. Failed mmg tak ingat aaah. Ntah lah. Rase mcm aku je yg failed dlm clas tu. Haha Its okay. Final still ada. Kan? Takpe, aku boleh buat yg terbaik final nanti. Hehe 

P/s : kepada kwn2 yg pass tu, congrate dari aku :) Rezeki masing2 kan!  Good luck utk final nnti . 
. BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN .

Thursday, March 21, 2013

LEGA :)

assalamualaikum semua . Tak jawab dosa , jawab gatal ! Ahaha , hambik kauuu . 

Thumb up for me ! Wohoooo

Okay , first of all memang lega gila tahap gaban after done my first presentation. Alhamdulillah. Thanks to Allah cz make it easy for me to do it, but still mdm ask to adding some sweet and sour here and there. Oh My Allah . What again ? What the story of Harut and Marut actually ?  

THANKS ALLAH :)

Wednesday, March 20, 2013

SEDIH

Arghhhh this week schedule mmg tough gila lah ! Stress mmg tk payah cite lah kan, mmg tahap cipan tahap gaban dah . Memang redha jelah utk minggu ni punya class and bla bla bla plbagai lagi krja . Tambah tambah pulak dengan ragam lect yang nak itu ini . Haishhhh ~ semuanya nak perfect je .

Okayh . Aku rindu kat En Tab aku ! :( I miss you sooooo much En Tab ! Wait for me okayh :) This week i'll take you from my home . Hehew :p  Lame sgt tk slide2 dia, rase rindu pulak . Dengan minggu yg full of stress, i've to get you ASAP !


Sunday, February 17, 2013

Nothingssssssssssssss

Assalamualaikum semua :D

HAHAHAHAHAHA, gelong siket aku . Jeng jeng jeng . Nah , taktau nak merepek ape sekarang . So , mari dengar aku merepek pasal elaun uia yg tak masuk masuk lagi sampai sekarang . Sajelah kan , memang kteorg duduk kat sini pakai duit daun ! Apalah finance ni . Tolonglah memahami siket . Okayh , tu je yg aku nak merepek :) cissssssss .

Wednesday, January 16, 2013

ULCER !

assalamualaikum semua :)

grrrrr~ now nak story pasal ulcer di dalam mulut aku ! Aduhai . Bile lah agaknya ulcer ni nak pergi dari hidup aku?! Cukup-2 lah menyeksa jiwa dan raga aku syg wehh . Haha . Sakit gilak tau ! :( 
Aku taknak lah letak gamba ULCER kat sini . Kang geli pulak org nak tengok entry aku ni ha . Haha . Korang search google jelah ye kalau nak tengok how they are  :)

Pergi klinik , tak sudah-2 bagi BONJELA kat aku . Aku rase boleh kumpul dah bekas-2 bonjela tu . Haha . Yang doktor pun , dah tau aku selalu datang sebab ulcer , maknenya ubat awak tu tak berkesan lah doktor . Bagilah ubat lain pulak . Hadui . Tak ade effort langsung lah . Pergi farmasi pun same je . BONJELA BONJELA BONJELA . Haha . Pening otak aku . Bagus sangat ke sampai offer kat aku ubat tu ? Maybe bagus lah kot untuk mulut orang lain . Hewhew :p Tapi maybe bonjela tu tak bagus untuk mulut aku . Sebab ulcer pun dah lame bertapak kat mulut aku ni ha . Dah beranak pinak . Entah-2 dah siap rumah banglo satu kat dalam mulut aku ni kot . Kahkah :D

Last-2 mak kate , letak garam jelah sarah :) GOT ?? Garam weh . Huhu . Boleh bayangkan tak macam mana sakitnya kalau letak garam ? Haha . Nak try ? :p Hehe . Pedih memang tak dapat nak explain lah kan . Tapi daripada membesar benda alah ni , ikut lah cakap mak . Mane tau sembuh . Doa ibu kan terbaik :) So letak jugak lah garam . sebeban air mata keluar weh . isk isk :'( Okayh . Itu sahaja lah untuk entry ni . Nak pergi letak garam 

Tuesday, January 15, 2013

my NEW BABY !

assalamualaikum :)

hehe . mood tersangat lah happy ni ha . because i've got my NEW BABY ! hooreeeeeeee ! :D akhirnya dapat jugak aku miliki kau yek baby baru . huhu . susah bebeno lah . 

thank you mak . and tak lupa , mak kate yang ni last okayh . jangan nak mintak yang lain lagi lepas ni . hewhew :p baik mak , marah nampak . HAHA  :) 

okay sarah . jangan nak gedik sangat lah yek . macam kau sorang je ade kan . hey , aku kesah ape ? dah aku suka , aku punya pasal lah . sorry . entry aku :)


Monday, January 14, 2013

MIGHA DAH TUNANG !

Dan akhirnya. My schoolmate, my classmate dah jadi tunang oghang. Hihi tahniah migha sayang! Tumpang happy utk kau ni. Nanti kenduri kalau aku free aku datang ye. 

MALAS

assalamualaikum semua 

alahai . malasnye , minggu ni last duduk rumah . next week dah kena balik u . kena masuk kelas balik . tulah , bagi lagi cuti sampai dua tiga bulan . ha kan dah malas nak pergi kelas . aduyai . sabor jelah jang oii . nak taknak kena pergi jugak kan . kalau tak elaun tak dapat ! haha . nampak tak ?

okay kawan-2 . selamat berjumpa kembali ye :) hikhik . RINDU ANTUM . adoi , dah berapa entry dah aku cakap rindu ?? haha . nah , kasi muahmuah sikit kat anis je :p . byebye 

Sunday, January 6, 2013

selamat tahun baru .

assalamualaikum .
wohooooooooooooooo :D lame rasenye tak mengupdate blog ni . hehe . 

selamat tahun baru semuanya ! 

harap tahun ni akan beri kejayaan dan kegembiraan utk korang semua . okay  , seriously rindu tahap gaban dekat semua kawan-2 aku ! especially roomate aku . syg korang selamanya lah wehhhh ! dah tahun baru . haha . 19 tahun kah aku ? kelakar je rase . adoi . semoga tahun ni aku dapat la naikkan berat badan aku yg liat bebeno nak naik ! pleaseeeeeeeeeeeeeee :) haha . jadi 40 kg pun okay dah . dapat ke ? kahkahkah .

lagi berape hari je nak masuk sem balik . malas tu mmg tk pyh cakap lah kan . tapi sbb rindu kawan-2 , so jadi excited lebih la . kot-2 aku je yg melebih rindu . wekkkkkkkkkkkkk . hahahaha . semoga tiada konflik utk sem akn dtg ni :) semoga kejayaan sentiasa dianugerahkan kpd siti sarah bt mohd sabri . haha , amin . in shaa Allah . jgn putus asa syg ! ahaaaaa ! dan semoga aku berkekalan hingga ke akhir hayat dgn syg aku :) amin . hehehehe . byk sgt semoga aku ni kan ? lantakkkkkk lah . aku pnye entry , aku pnye suka lah wehhh . kau ada ? haha .