Pages

Wednesday, August 31, 2016

REHATLAH AYAH,

Mungkin ada yg belum tahu pd tanggal 27 Ogos 2016, maka telah pergi seorang ayah meninggalkan kami. Allah. Sungguh aku cuba utk bertahan, tp betul, ianya tak semudah yg disangka. Tak semudah yg diucap. Menjaga ayah sepanjang dia sakit dan kembali sihat dan sakit dan semakin teruk sehinggalah nyawanya diambil, amat sukar bagi aku utk melupakan semuanya. Apa yg berlaku di depan mata sangatlah buat aku terfikir, wahai Tuhan kenapa sebegitu cepat dia diambil? 

Tapi siapa kami utk pertikaikan semua. Lalu aku terfikir, bagaimana aku harus kuat tanpa seorang yg sentiasa memberi kekuatan kpd aku? Bagaimana aku boleh mengurus segala hal tanpa seorang yg sentiasa memberi tunjuk ajar pada aku? Mampukah aku utk terus menjaga apa yg dia titipkan. Mampukah aku utk terus kuat di depan mak dan adik beradik yg lain?

Masih terbayang wajah ayah. Gelak tawa ayah. Lawak ayah. Allah Allah. Kuatkanlah aku utk segala hal. 

Aku akui, Allah mengambil nyawa ayah dgn baik sekali. Inshaa Allah syurga tempatnya. Ayah dah tak sakit sekarang, ayah dah sihat. Ayah dah gembira kt sana. Tenanglah wahai ayah. Terima kasih sbb dah mendidik, menjaga segala kebajikan keluarga kita, dan sbb dah menjadi ayah yg terbaik cukup sempurna utk kami semua. Ayah tengalah dekat sana ya. Inshaa Allah kita janji kita akan jaga keluarga ni dgn baik. Maaf sbb ayah tak dapat tengok kita dgn adik konvo :'(

Saturday, August 13, 2016

TAK TERKATA,

Takkan la semua hal kita nak cerita dkt orang kan? Ada benda yg kau akan kekok kalau orang tahu. Dan ada benda jugak yg kau nak sangat cerita tp kau mcm terfikir takkan aku nk cerita dkt dia nanti kang bla bla bla. 

Allah. Menjadi seorang anak yg cuma kau je boleh diharap sangatlah tak tertanggung rasanya. Bagi orang lain mungkin dorang akan fikir takpelah weh, besar pahala kau. Tp to be honest, benda ni aku sorang je yg rasa. Pahala is pahala. But tanggungjawab nak kena pikul tu, its hard babe. Really hard. 

Sometimes aku terfikir, mampu ke aku utk handle semua ni. Boleh ke aku uruskan family ni dgn baik from a to z. 

Mak selalu sebut, minta maaflah rah sbb rah banyak kerja. Tak boleh nak enjoy sangat mcm kawan lain. Mak kata lagi, kalau rah ada suami mungkin ringan la sikit beban tu. Ada jugaklah orang boleh minta tolong. OKAY NOW IM CRYING! Aku pernah jgk terfikir, kalau aku ada suami mesti aku boleh minta tolong dia. At least ringan la sikit kerja aku. But yes, this is kalau. The thing is belum lagi mak. Mungkin Allah tu ada aturan Dia yg kita tak jangka. Mungkin Dia nak aku jaga keluarga aku, orang tua aku, dgn kudrat aku sendiri, like who knows kan? *Haah masa ni jelah aku positive mind* Hahaha lel but honestly, bila mood kau swing pastu semua benda kau kena settle sorang. Okay sebagai contoh bayar bil kau, beli groceries kau, study lagi, hal kereta lagi (ni belum masuk bab saman), aktiviti kt uia lagi, and etc. 

Allah. Nak cerita dkt orang paal apa yg aku rasa, pasal penat aku, pasal stress aku, mmg tak. Semoga aku diberi kekuatan utk uruskan semuanya dgn baik. Semoga aku dpt balancekan balik jadual belajar aku sbb things really get tough sambil study sambil nak jaga ayah. Pssttt my tears like don't want to stop hahaha. I know im cool. I can handle this in shaa Allah. with all my beloved person besides me, i hope things will get better as it was. May Allah help me. 


The cengeng girl, 
sarah