Pages

Tuesday, April 8, 2014

ONLINE SHOPPING

Hai uolls. 
Haha acah acah gegedik sikit boleh kan.

Ni mak nk cerita sikit ni haa. Sejak dua menjak ni, iolls suka bebenor nye membeli online! Hehew~ Bukan apa. Macam seronok pulak. Oder je, klik klik. Pastu bagi details, ha tup tup esok lusa sampai. Terus ada depan mata. Teruja sesangat lama tak buat online shopping ni. Uolls apa lagi, try lah. Alah toksah nk takut sangat lah. Apa kekadang takut barang tk sampai lah. Kalau sampai pulak takut rosak lah. Eeh banyak pulak songeh nya haa. Biasalah semua tu kan. Tapi so far, iolls tk pernah la lagi dapat barang rosak. Semua okay jer.

Uolls pun kalau nk oder online. Ni kalau takut tak boleh caye la kan, cek lah dulu testimoni depa tu. Jangan dok main redah je woii. Pastu bila rasa macam boleh caye, tengoklah pulak barang tu. Jangan la oder barang yang cepat rosak. Iolls pun oder clothing jer. Like, baju. Tudung. Shawl. Haa. Takdelah rosak kan. 

Friday, April 4, 2014

LIFE |||

Assalamualaikum.
Hai semua. Dua bulan ni.
Sangat serabut. dan stress sesangat.
Sebabnya.




Ya Allah. Memang dugaan betul lah. Beragak la nak catu air sampai dua bulan oii. Nak catu pun catulah kt area perumahan tu ha. Yang hampa p catu kt kawasan uni amende tah. Tak faham ke orang dah cukup stress. Dengan kerja belambak gila. Mana nk mandi lagi. Membuang lagi. Tu belum kira lagi dengan nk p tadah air lagi. Aduhai

Aku ni ha dah la kurus keding je. Memang idok ler nk mengangkat baldi. sumpah tk larat lah. Tu belum kira air aku kena curi lagi. Ehh mmg tk faham lah manusia ni kan, Aku memang tadah air untuk korang pun. Sesedap hati je rembat air orang. EEEE cubit karang haa, Tadah la sendiri.

Monday, March 31, 2014

LIFE ||

Hai silent readers! Holla. Semester ni dah hampir ke penghujung. So as usual lah, jadual pack sesangat. Mcm tk sempat dah utk pegi kelas, haha lol gila. Rasanya nk siapkn semua task and tkyah pegi kelas. Fair tk cenggitu? Hihik..

So. Cerita utk entry kali ni. My priority is parent and family! Ofcos lah tkkan berubah sampai bilabila. Buat masa ni, tknak lagi fikir pasal aku. Means, kehidupan berumahtangga.bDulu kemain sikit2 cakap pasal kawin kt mak. Now bukan tk boleh. Tapi aku yg tknak. Malas nk fikir la weh. Nk belajar dulu, bg habis asasi ni. Pastu inshaaAllah proceed to degree. Habis degree find a job lah. Dah pilih dah nk major in apa degree nnti, 
hopefully dapat buat yg terbaik. Memang tk berapa setuju sangat pilihan tu. Tapi. In shaa Allah redha Allah datangnya dari redha mak ayah. Kalau mak ayah setuju, why not kan? Try lah. May Allah bless me. Aamiin.

Now dah tau dah. Ada sebab kenapa parent tknak bagi kawin awal. Setengah parent okay je kalau anak dorang nk pilih kawin muda. Hihi tetiba berangan jap. Ya Allah bestnya life ada suami! Awwww ehh okay2 enough kayh sarah.

Mak tk bagi bukan sebab mak tk caye kt anak dia. Bukan sebab mak takut anak dia tkleh jaga suami, anak, mana nak belajar lagi.Kan. Tapi, mak tk bagi sebab. Mak nak rasa duduk dengan anak dia, selama yg boleh. Mak nk rasa dijaga oleh anak dia selama yg mungkin. Sebab mak tau, bila anak dia dah diambil orang nanti, peluang keemasan tu tkkan dapat dah. Walau baik macam mana pun pilihan kita, mak pasti rasa berat nak lepaskn anak dia. Sejak lahir mak jaga kita, tetiba ada orang nk ambik. Awkward kan. Mesti rasa lain gila hidup mak. At least, buatlah mak rasa bahagia sebab dijaga anak dia.

Ok then. Lepas ni jgn nk cakap mak ayah tk faham kita lah. Tak sayang kita lah. Sebelum cakap tu, fikir dulu baby. Sebab dorang syg lah dorang buat mcm tu tau. Okay lah, fikir tau. Please. Dont take it for granted.

XOXO,
SS.

Friday, March 7, 2014

MID-SEM BREAK

Hai uolls sekalian. Hahahaha macam bongok jer


And finally! It's MID-SEM BREAK woiii. Kenapa seronok sangat? Ofcos lah. Sebab nilah masanya nak tidur atas katil sendiri.Yang konfem konfem lagi empuk dari katil cfs tu. Dan yg paling bestnya, masa nilah nk makan makanan favourite. Omnomnomno. Teruja sangat ni haa. Hahahahaha. Almaklumlah. Makanan kat cafe tu bukan tk sedap. Tapi tk berapa nk kena dengan selera lah. Huhu. Cerita sini habis sini lah ye.

Btw, walaupun cuti, still kerja bawak balik rumah weh. Memandangkan sekarang ni dah hari Jumaat, cuti aku seminggu je pun. Enough sarah. Jangan nk berlagak macam cuti sebulan! Jumaat baru nk sentuh assignment oii. Sentuh je ni. Entah buat ke tidak. Hahahahaha. chill lah, nak submit hari Isnin. So apa lagi, macam tak biasa pulak. Assignment last minute laaaaaaa~

xoxo, sarah
uhibbu fillah