Pages

Saturday, December 20, 2014

RASA BERSALAH?

Bila kau buat sesuatu, lepas tu kau rasa tk sedap hati. 
Tapi kau rasa apa yg kau buat tu taklah salah. Habis tu mcmana?

Lumrah manusia beb. Biasalah. Bila rasa betul, maka sampai 
ke sudah pun akan fikir benda tu betul. Mungkin betul, benda taklah dosa. 
Tapi ada kau fikir, mungkin apa kau buat tu, ada side effects ke tidak. 
Atau mungkin, benda tu bila kau congak congak, mesti ada satu part yg
kau tersedar. "oh rasanya kat sini kot yg tk kena" Ada tak? But trust me. 
Bila kau sendiri yg sedar dgn apa yg kau buat, bila kau sendiri yg rasa
bersalah, mesti ada hikmah. You're lucky enough for hv that feeling. 
Sebab tk semua orang Allah detikkan rasa bersalah.


He said, "I know, what you dont know" 


Mana kau tahu.

Mungkin Allah tu sengaja detikkan rasa bersalah tu dalam hati kau. 
Sebab dia nak bgtau yg benda tu tk betul. Kau tk patut buat benda tu.
Kau tk patut post itu. Kau tk patut macam tu dan macam ni. dan bla bla.
Itu je cara Allah nak bg kau sedar. Maka ubahlah sayang. Apa kau nak fikir?
Dia sayang kau, sebab tu Dia pesan. Tapi dengan cara Dia.
Kau dah yakin itu petunjuk dari Tuhan kau. Apa kau nak fikir kata orang? 
Yg lebih penting, Pencipta atau ciptaanNya?

Sampai mati pun kau takkan boleh puaskan hati semua orang beb.
Buang masa. Kau hidup bukan untuk manusia. So why bother?
Kau kena ingat, setiap apa yg kau buat, semuanya bermula dari niat.
Tu, hati tu. kalau kat hati dah salah niat, takkan mudah Allah bg kau buat.
Even kau dh buat, pastu tetiba rasa bersalah, rasa tk kena, tk sedap hati,
hah fikir lah balik. Adalah tu silap kat mana mana. Hati tu, punca segalanya.
Kalau cantik, maka cantiklah. Tapi kalau buruk, maka buruklah. Lagi satu,
kau kena tahu satu hal. Allah yg pegang hati kau. 
Dia yg bolak-balikkan hati kau. Mintak pada Dia sayang, 
In Shaa Allah Dia lagi suka kau mintak.


"Sebab kau selalu rasa macam tu kan rah? Aku sedang pesan pd diri"


"Wahai zat yg membolak-balikkan hati, 
tetapkanlah hatiku atas agamaMu, 
dan atas ketaatan kepadaMu"



Wednesday, October 8, 2014

KENAPA TAKUT GELAP?

Ramai orang tanya kenapa aku takut gelap. 
Kenapa aku tk keluar malam.
 Kenapa itu kenapa ini yg berkaitan tajuk. 

Tau macam mana situasi orang takut gelap? Hah bila takut gelap automatiklah aku tk keluar malam. Kan ke malam tu gelap wahahaha. Sebab tktau apa ada dlm gelap tu. Aaaaa takut seh. Tau apa dia rasa bila tiba tiba blackout kena duduk dalam gelap segelapnya? Tau apa yg bermain dalam fikiran dia bila kena join aktiviti malam? dan, TAU APA DIA FIKIR APA DIA RASA BILA DAPAT TAU ADA EXAM DI MALAM HARI?! Heh. Rasa macam looser sangat. Rasa dia perit. Kau ingat dorang nak semua tu? Dorang pun taknak, sbb susah weh, susah nak bergerak. Bila kau kena pergi meeting kelab kelab yg kau join. Semua buat malam, sbb biasalah siang sibuk dgn kelas. Lepastu ada yg tk free, thats why kena buat malam. Habistu orang yg macam aku ni mmg cite dia tk pegi meetinglah.

Macam aku. Yes aku memang takut tahap cipanzi bila gelap! Aku akan menggelabah segelabah yg boleh bila kena stay dalam gelap, bila kena keluar malam lagi lagi tempat yg aku tk familiar langsung, Ya Allah memang trauma habis gua cakap sama lu der. Serious talk, itu kekurangan aku. Aku tk mntak, well mmg tkde org yg nak lah kan. Tapi aku masih bersyukur sbb aku selalu fikir ada hikmah. Untung iman masih kuat ya Allah walaupun kadang kadang tu sedih nauzubillah. Yelah gila kau tk sedih, bila kengkawan pegi keluar berjalan ajak aku, aku rasa macam alahai kenapa korang nk keluar malam? Hmm hmm.

Bila takut gelap, automatik aku tk keluar malam. Bukan tk pernah langsung tau, jarang sangat, dan bila perlu sahaja. Makna kata, aku bersyukur sbb aku bukan dlm kategori perempuan yg keluar malam malam tkde hala tuju tu, yg duduk melepak sana sini berkeliaran bertempiaran tepi tepi jalan tu. Memang dari kecik ayah dgn mak latih kitaorg supaya tkyah keluar malam kecuali perlu. Automatik jugaklah aku tk drive pd waktu malam, yg akan membuatkan aku mengantuk dan itu sangat membahayakan nyawa haha. Dan aku mengikut apa yg diperintahkan oleh Allah bahawa siang untuk bekerja dan malam untuk BEREHAT kahkahkah. Ohh satu lagi. Sebab ni jugaklah aku tk jejak kaki ke panggung wayang. Yes sebab takut gelap hmm hmm. Kadang kadang memanglah teringin kan nk have fun tengok movie dgn kengkawan. Tapi apakan daya gua tak mampu beb. Pernah dulu masa sekolah, konon nak rasa cemana tengok cerita depan skrin besar gila, lepastu bila masuk dalam tu dan bila aku dapat tau dalam tu gelap nak mampus, terus aku bertaubat taknak masuk dah dalam panggung wayang. Haih itu pun bersyukur jugak sbb at least dapat menjimatkan duit aku dari habis tengok movie lol.

So itulah sebabnya kenapa aku takut gelap heheh. Bukan takut sangat pun sebenarnya, tapi takut jugaklah hahahahahaa. Kau patut bersyukur Allah mudahkan segalanya untuk kau, tk macam aku. Bila kau taktau apa yg orang lain lalui, apa yg orang lain rasa, apa yg orang lain hadapi, tolong jangan memandai nak judge dia. Sebabnya, jadi judger tu memang sedap, seronok kan. Hah tapi yg kena judge ni rasa macam nak tumbuk je orang tu.


*Pstttt. Jangan paksa aku. 
Aku tengah cuba latih diri supaya tk takut gelap. 
Sebab susah aku nak join apa apa aktiviti kat U haa. 
Dan jugak, untuk masa depan.
Takut emergency. Aku masih mencuba.
Sabar okay, doakan aku*

Monday, September 22, 2014

SEKARANG~

Pernah kau rasa di satu tahap, kau pasrah dengan setiap apa yg berlaku? Sekarang aku rasa benda tu. Saat kau rasa kau dah tak mampu nak buat apa apa melainkan terima segala kehendakNya, mungkin itu yg terbaik buat masa ni. Mungkin lah. Siapa tahu kan. Kuasa Allah mengatasi apa jua perancangan kita. Saat kau fikir kau tk patut hadapi itu ini, siapa kau nak melawan takdir Allah? Adakah kau layak utk pertikai kenapa dan mengapa kau yg jadi sasaran? Kau tahu, sebab kau terlebih dari mampu, kau tabah, maka dengan itu kau terpilih utk diuji. Allah pilih kau, berbanding dgn yg lain. Kau tahu, Dia sayang kau sangat sangat. Sebab itulah kau yg Dia pilih. Jadi diam. Bukan berat sangat, kalau berat, Dia takkan bagi. Ini, sebab dia tahu kau mampu. Come on Amris little girl. You're strong enough untuk hadap semua ni okay. Just come on. Jangan mengada sangat lah.


Terkadang bukan cengeng.
Cuma nak menangis. Biarlah.
Adakalanya menangis buat rasa lebih lega.
Adakalanya menjerit. Terpulang sayang.
Mana yg kau selesa. 
Bukan cengeng. Cuma kau sedar.
Kau sekadar manusia. Ada waktunya lemah.
Maka kau menangis.
Dan.
Minta pada Tuhan~

Sunday, September 21, 2014

WELL


Apa yang kau nampak, tak sama dengan apa yg aku nampak.
Apa yang kau rasa, tak sama dengan apa yang aku rasa.
Apa yang kau lalui, tak sama dengan apa yang aku lalui.
Takkan sama. Sampai kiamat pun takkan sama.

Therefore, tolong jangan expect benda yg sama saghah. Orang tktau
apa kau nak. Orang tktau apa yg kau lalui. You know well your life.
Isnt it? Kekadang bukan dorang tktau, sesetengahnya tkde effort nak
ambil tahu. Ataupun, diri kau yg tak bagi orang ambil tahu? Heh again.
You know well your life, isnt it?
Tepuk dada tanya selera. Tanya diri kau saghah. Kau lebih tahu.
Kau lebih arif pasal hidup kau. 
Layak ke kau nak marah dengan takdir Tuhan?
Kau rasa kau layak? Aku rasa tak, mmg aku tk layak. Dia mungkin tktau
apa yg dia buat tu jauh menyakitkan hati. Sebab? Heh mungkin kau 
sekadar paras lutut dia je. Kau tau maksud aku? 
Kau tk berapa penting, dalam hidup dia.
Baik kau blah rah. Betul