Pages

Saturday, December 20, 2014

RASA BERSALAH?

Bila kau buat sesuatu, lepas tu kau rasa tk sedap hati. 
Tapi kau rasa apa yg kau buat tu taklah salah. Habis tu mcmana?

Lumrah manusia beb. Biasalah. Bila rasa betul, maka sampai 
ke sudah pun akan fikir benda tu betul. Mungkin betul, benda taklah dosa. 
Tapi ada kau fikir, mungkin apa kau buat tu, ada side effects ke tidak. 
Atau mungkin, benda tu bila kau congak congak, mesti ada satu part yg
kau tersedar. "oh rasanya kat sini kot yg tk kena" Ada tak? But trust me. 
Bila kau sendiri yg sedar dgn apa yg kau buat, bila kau sendiri yg rasa
bersalah, mesti ada hikmah. You're lucky enough for hv that feeling. 
Sebab tk semua orang Allah detikkan rasa bersalah.


He said, "I know, what you dont know" 


Mana kau tahu.

Mungkin Allah tu sengaja detikkan rasa bersalah tu dalam hati kau. 
Sebab dia nak bgtau yg benda tu tk betul. Kau tk patut buat benda tu.
Kau tk patut post itu. Kau tk patut macam tu dan macam ni. dan bla bla.
Itu je cara Allah nak bg kau sedar. Maka ubahlah sayang. Apa kau nak fikir?
Dia sayang kau, sebab tu Dia pesan. Tapi dengan cara Dia.
Kau dah yakin itu petunjuk dari Tuhan kau. Apa kau nak fikir kata orang? 
Yg lebih penting, Pencipta atau ciptaanNya?

Sampai mati pun kau takkan boleh puaskan hati semua orang beb.
Buang masa. Kau hidup bukan untuk manusia. So why bother?
Kau kena ingat, setiap apa yg kau buat, semuanya bermula dari niat.
Tu, hati tu. kalau kat hati dah salah niat, takkan mudah Allah bg kau buat.
Even kau dh buat, pastu tetiba rasa bersalah, rasa tk kena, tk sedap hati,
hah fikir lah balik. Adalah tu silap kat mana mana. Hati tu, punca segalanya.
Kalau cantik, maka cantiklah. Tapi kalau buruk, maka buruklah. Lagi satu,
kau kena tahu satu hal. Allah yg pegang hati kau. 
Dia yg bolak-balikkan hati kau. Mintak pada Dia sayang, 
In Shaa Allah Dia lagi suka kau mintak.


"Sebab kau selalu rasa macam tu kan rah? Aku sedang pesan pd diri"


"Wahai zat yg membolak-balikkan hati, 
tetapkanlah hatiku atas agamaMu, 
dan atas ketaatan kepadaMu"



Wednesday, October 8, 2014

KENAPA TAKUT GELAP?

Ramai orang tanya kenapa aku takut gelap. 
Kenapa aku tk keluar malam.
 Kenapa itu kenapa ini yg berkaitan tajuk. 

Tau macam mana situasi orang takut gelap? Hah bila takut gelap automatiklah aku tk keluar malam. Kan ke malam tu gelap wahahaha. Sebab tktau apa ada dlm gelap tu. Aaaaa takut seh. Tau apa dia rasa bila tiba tiba blackout kena duduk dalam gelap segelapnya? Tau apa yg bermain dalam fikiran dia bila kena join aktiviti malam? dan, TAU APA DIA FIKIR APA DIA RASA BILA DAPAT TAU ADA EXAM DI MALAM HARI?! Heh. Rasa macam looser sangat. Rasa dia perit. Kau ingat dorang nak semua tu? Dorang pun taknak, sbb susah weh, susah nak bergerak. Bila kau kena pergi meeting kelab kelab yg kau join. Semua buat malam, sbb biasalah siang sibuk dgn kelas. Lepastu ada yg tk free, thats why kena buat malam. Habistu orang yg macam aku ni mmg cite dia tk pegi meetinglah.

Macam aku. Yes aku memang takut tahap cipanzi bila gelap! Aku akan menggelabah segelabah yg boleh bila kena stay dalam gelap, bila kena keluar malam lagi lagi tempat yg aku tk familiar langsung, Ya Allah memang trauma habis gua cakap sama lu der. Serious talk, itu kekurangan aku. Aku tk mntak, well mmg tkde org yg nak lah kan. Tapi aku masih bersyukur sbb aku selalu fikir ada hikmah. Untung iman masih kuat ya Allah walaupun kadang kadang tu sedih nauzubillah. Yelah gila kau tk sedih, bila kengkawan pegi keluar berjalan ajak aku, aku rasa macam alahai kenapa korang nk keluar malam? Hmm hmm.

Bila takut gelap, automatik aku tk keluar malam. Bukan tk pernah langsung tau, jarang sangat, dan bila perlu sahaja. Makna kata, aku bersyukur sbb aku bukan dlm kategori perempuan yg keluar malam malam tkde hala tuju tu, yg duduk melepak sana sini berkeliaran bertempiaran tepi tepi jalan tu. Memang dari kecik ayah dgn mak latih kitaorg supaya tkyah keluar malam kecuali perlu. Automatik jugaklah aku tk drive pd waktu malam, yg akan membuatkan aku mengantuk dan itu sangat membahayakan nyawa haha. Dan aku mengikut apa yg diperintahkan oleh Allah bahawa siang untuk bekerja dan malam untuk BEREHAT kahkahkah. Ohh satu lagi. Sebab ni jugaklah aku tk jejak kaki ke panggung wayang. Yes sebab takut gelap hmm hmm. Kadang kadang memanglah teringin kan nk have fun tengok movie dgn kengkawan. Tapi apakan daya gua tak mampu beb. Pernah dulu masa sekolah, konon nak rasa cemana tengok cerita depan skrin besar gila, lepastu bila masuk dalam tu dan bila aku dapat tau dalam tu gelap nak mampus, terus aku bertaubat taknak masuk dah dalam panggung wayang. Haih itu pun bersyukur jugak sbb at least dapat menjimatkan duit aku dari habis tengok movie lol.

So itulah sebabnya kenapa aku takut gelap heheh. Bukan takut sangat pun sebenarnya, tapi takut jugaklah hahahahahaa. Kau patut bersyukur Allah mudahkan segalanya untuk kau, tk macam aku. Bila kau taktau apa yg orang lain lalui, apa yg orang lain rasa, apa yg orang lain hadapi, tolong jangan memandai nak judge dia. Sebabnya, jadi judger tu memang sedap, seronok kan. Hah tapi yg kena judge ni rasa macam nak tumbuk je orang tu.


*Pstttt. Jangan paksa aku. 
Aku tengah cuba latih diri supaya tk takut gelap. 
Sebab susah aku nak join apa apa aktiviti kat U haa. 
Dan jugak, untuk masa depan.
Takut emergency. Aku masih mencuba.
Sabar okay, doakan aku*

Monday, September 22, 2014

SEKARANG~

Pernah kau rasa di satu tahap, kau pasrah dengan setiap apa yg berlaku? Sekarang aku rasa benda tu. Saat kau rasa kau dah tak mampu nak buat apa apa melainkan terima segala kehendakNya, mungkin itu yg terbaik buat masa ni. Mungkin lah. Siapa tahu kan. Kuasa Allah mengatasi apa jua perancangan kita. Saat kau fikir kau tk patut hadapi itu ini, siapa kau nak melawan takdir Allah? Adakah kau layak utk pertikai kenapa dan mengapa kau yg jadi sasaran? Kau tahu, sebab kau terlebih dari mampu, kau tabah, maka dengan itu kau terpilih utk diuji. Allah pilih kau, berbanding dgn yg lain. Kau tahu, Dia sayang kau sangat sangat. Sebab itulah kau yg Dia pilih. Jadi diam. Bukan berat sangat, kalau berat, Dia takkan bagi. Ini, sebab dia tahu kau mampu. Come on Amris little girl. You're strong enough untuk hadap semua ni okay. Just come on. Jangan mengada sangat lah.


Terkadang bukan cengeng.
Cuma nak menangis. Biarlah.
Adakalanya menangis buat rasa lebih lega.
Adakalanya menjerit. Terpulang sayang.
Mana yg kau selesa. 
Bukan cengeng. Cuma kau sedar.
Kau sekadar manusia. Ada waktunya lemah.
Maka kau menangis.
Dan.
Minta pada Tuhan~

Sunday, September 21, 2014

WELL


Apa yang kau nampak, tak sama dengan apa yg aku nampak.
Apa yang kau rasa, tak sama dengan apa yang aku rasa.
Apa yang kau lalui, tak sama dengan apa yang aku lalui.
Takkan sama. Sampai kiamat pun takkan sama.

Therefore, tolong jangan expect benda yg sama saghah. Orang tktau
apa kau nak. Orang tktau apa yg kau lalui. You know well your life.
Isnt it? Kekadang bukan dorang tktau, sesetengahnya tkde effort nak
ambil tahu. Ataupun, diri kau yg tak bagi orang ambil tahu? Heh again.
You know well your life, isnt it?
Tepuk dada tanya selera. Tanya diri kau saghah. Kau lebih tahu.
Kau lebih arif pasal hidup kau. 
Layak ke kau nak marah dengan takdir Tuhan?
Kau rasa kau layak? Aku rasa tak, mmg aku tk layak. Dia mungkin tktau
apa yg dia buat tu jauh menyakitkan hati. Sebab? Heh mungkin kau 
sekadar paras lutut dia je. Kau tau maksud aku? 
Kau tk berapa penting, dalam hidup dia.
Baik kau blah rah. Betul  

Sunday, September 14, 2014

TRUST ME NOT

Haa kan dah kata, mesti busy punyalah bila dah start sem baru ni. Bukan kata nk update blog, nk on laptop nak tengok movie pun susah bak hang. Haih ini pun update pakai phone je hokay. Hahahaha

So, the story is, aku tk suka hostel aku heh. Ia membuatkan aku malas sangat nk balik uia! Ya Allah aku tktau lah hikmah apa, tp aku cuba tabahkan diri, aku cuba kuatkan semangat sebab nk blajar punya pasal. Kalau tak mmg tidaklah nk balik uia tu. Grrr. Sabar, there might be beautiful things at the end of the road yeah. Biiznillah amiin.

Once aku dapat update ni, lepasni tktaulah bila pulak kan hahaha. Perasaan masa minggu taaruf tu, or others call it as minggu orientasi, masa tu wa cakap sama lu, barang2 semua tak unpack okay. Nk pakai baju semua ambik je dlm luggage, org lain semua elok je haa kemas locker, aku mmg taklah. Tkde mood sbb mood semua ada dekat rumah lol. Pastu seminggu tu kerja memberontak je. Makan sikit pastu bangun lambat, talk ceramah semua tk fokus, mcm lantaklah korang nk buat program hape asalkan aku boleh balik hari ahad, haa mcmtulah. Pastu cadar tknak pasang mandi pun tah kemana. Keluar bilik pun tak sampai bebudak bilik sebelah hingat aku balik ulang alik! Kahkahkah. Pastu tiap2 malam menangis mcm org gila since dapat compartment sendiri, mmg aku conquer habis habisan lah. Tisu merata rata ya Allah aku rasa masa tu aku mcm looser sangat!

Entahla aku tktau kenapa jd mcmtu. Padahal masa kat pj dulu elok je haa. Nak kata sebenarnya pj tu lagi jauh dari rumah tp elok je survive. Tak faham betul aku. Hmm tp nk buat macam mana. Allah dah atur, dan aku wataknya. Aku ikut je flow yg ada. In shaa Allah ada sesuatu yg aku tkkan tahu, dan mungkin sesuatu tu nanti aku akan bersyukur gila kalau aku dapat. Who knows kan. Okay till then, ma'assalamah. Ohh i miss you laling!

Tuesday, August 26, 2014

BAKAL TIBA

Hai. One week left dan aku bakal teruskan perjuangan. Hmm entah keputusan apa yg aku dah buat. Tapi since aku dah ambik keputusan untuk teruskan, aku harap aku tak silap langkah amiin. May Allah always with me in shaa Allah. Dan semoga keluarga aku sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Nya sepanjang ketiadaan aku. Lepas ni susah dah nk update blog macam biasa sebab kelas kan hmm hmm. Kalau ada masa lapang bolehlah okay. Semoga berjumpa lagi bye!

Sunday, August 17, 2014

MAKA GENAPLAH

Dah lebih sembilan hari selepas entry sebelum ni. Maka genaplah aku dua puluh tahun. Diharapkan bertambah matang perangai, fikiran dan peribadi. Semoga bersifat dewasa hahah. Thank you so much to those who wish me okay. Semoga doa doa anda semua dimakbulkan amiin. Macam macam jenis wish yg aku dapat haha, ada yg doa supaya bertambah lemak aku hari demi hari. Ada yg doa semoga cepat walimah ehem ehem. Thanks okay, itu betul betul apa yg aku doa sampai sekarang. Ohh dan thank you irffan sebab hadiahkan lagu hindustan on my birthday! Heheh terharu okay. May Allah bless all of you!

Dan. 

Dearself.
        Happy birthday to you sarah, sanah helwah. Genaplah engkau dua puluh tahun. Dua puluh tahun bernafas dengan udara pinjaman Allah. Dua puluh tahun mak ayah jaga aku. Dua puluh tahun sebagai seorang khalifah di bumi Allah. Sarah, semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga hati kau sentiasa kuat dan tabah. Semoga semangat kau takkan pernah luntur. Semoga kau takkan lupa segala jasa mak dan ayah pada kau. Aku doakan supaya engkau jadi seorang muslimah yg sejati, sentiasa solehah, sentiasa tahu dan jaga batas dalam setiap apa yg kau lakukan. In shaa Allah one day kau akan jadi milik seseorang yg halal buat kau, maka aku doakan semoga kau akan menjadi isteri yg sangat mentaati suaminya sekaligus ibu yg mithali buat anakanaknya. Wherever you are, please behave yourself my dear. Mana pun kau pegi, kau bawak nama baik mak ayah, bawak agama kau. Ingat, life is temporary. Selalu tajdid niat Lillahita'ala. Peduli apa orang kata, asal kau tau apa kau buat okay. Please smile always even kau terluka. No worries, mak dgn ayah selalu ada sokong kau. Dan if one day dorang takde, Allah ada. Sarah my darling, may all your wishes comes true. Bila dah ada dekat atas, never forget others. Rezq bukan kita punya sorang. Mak pesan, kalau ada lebih, sedekah, kau takkan rugi sikit pun. Last but not least. Listen here sayang. Sometimes you might be like your fate, but sometimes you didnt. Jangan macam tu okay. Allah knows what are the best for you, surely He do. He is Superior, He is the Greatest. What was the past will just be the past. I love your smile, please keep the smile on your face, keep it with you as long as you can. Bila rasa give up, down, look up and remember Allah is there for you. Bow down only to Allah, luah semua kat Dia dan kau akan rasa tenang. Of all the hardship that He gives to you, He loves you. Stay tabah. hold on just a little while. Hold on then you will get yours. Qawiy lillahita'ala.

        Ya Rabb. I dont know what you've planned for me, for my future. But im pretty sure, whatever it is, it'll be the best ever for me in shaa Allah. Forgive me of all my sins, of all my past. Give me the strength along my life, along my journey. Cheer me up Allah. Remind me that your plans are the best than mine. Wish me a big luck! May Allah bless and protect me here and the day after. Amiin 

Tuesday, August 5, 2014

SEMBILAN HARI

SITI SARAH MOHAMMAD SABRI. 

Kemari sayang. Sini. Aku nak pesan. Hati kau kena selalu tabah. Diri kau kena selalu kuat. Semangat, jangan pernah hilang. Ni airmata. Kenapa buang? Untuk apa membazir? Tahan, sabar sikit sayang. Tuhan sentiasa ada. Lagi, kau perlu ingat. Perlu ingat sentiasa. Manusia tak semuanya permata. Barangkali ada kaca. Barangkali jugak, berbalut permata, tetapi dalamnya kaca tajam. Berhatilah sayang. Kadangkala manusia tidak berminat untuk tahu. Mereka cuma ingin tahu sekadar menyibuk tepi kain orang. Untuk buat ketupat kesana kemari.

Sayang. Kau sudah dewasa. Kau semakin matang. Pelihara diri. Agama pegang kuat, balut, dan simpan rapi. Jangan biar orang pijak. Kau akan faham. Kau sudah dewasa sayang. Kau semakin matang. Sembilan hari lagi. TAMAT.

Saturday, August 2, 2014

BACK TO N.O.R.M.A.L

Since syawal pun dah hampir seminggu. Balik terengganu 12jam, balik perak 2jam setengah. Buat perangai bawak laju2 semua nk bagi tazkirah kat aku. Sedih betul.  Pastu hantar adik balik u dia, okay now back to normal.

Balik KL dan kemas2 apa yg patut sebab nk jemput kawan kawan dtg beraya kat rumah. Dah lama tk raya bnyak tempat huhuhu. So pada yg mengenali empunya diri, dan tau di mana terletaknya rumah saya, silalah hadirkn diri anda ye. Raya bebiasa je haa. Datanglah kalau ada masa free, yelah orang sekarang ni kemain busy kalah ahli korporat kan. Tapi lebih afdhal datang sabtu ahad hihihi. Senang sekali harung je

Thursday, July 24, 2014

Zzzz

Benci add drop uia! 

Tuesday, July 22, 2014

MENERIMA

Dan apabila aku kena buat keputusan dengan segera. Tarikh akhir dah hampir. Aku takde pilihan selain terima. Betul, aku tak kuat. Aku taknak, tapi aku kena nak. Kalau tak bagi keputusan, takkan dapat langsung.


" Ya Allah. Kenapa mesti aku. Apa lagi kali ni "

Buntunya. Tapi apa daya. Aku kena bagi kata putus. Terima atau tak. Kuatkan hati sarah. Rezeki in shaa Allah ade kt mana mana je. Doa banyak banyak k sarah. Sarah tabah kan. 

" Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik untukmu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak memberi kebaikan kepadamu. Allah maha megetahui "

Monday, July 21, 2014

HATI KATA

Bila hati dah berbelah bagi
Macam macam benda tak kena

" kenapa mesti jadi macam ni "

Senyum je kay sarah.
In shaa Allah ada hikmah.
Kalau tak banyak pun mesti ada sikit.
Kan?

" tapi apa hikmah dia?
selalu mencari, tapi tak pernah jumpa "

Bila sampai masa,
kau tak perlu cari.
Akan tiba dengan sendiri.

Wednesday, July 16, 2014

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN KAREEM

Rasanya belum lambat lagi kan untuk wish SELAMAT BERPUASA kengkorang semua. Akhirnya dapat jugak bertemu ramadhan tahun ni kan, Alhamdulillah. So, bulan puasa ni janganlah membazir banyak sangat ye korang ye. Haha bukan apa. Kebiasaannya, bulan puasa nilah orang seghonok sangat pergi bazaar. Kan kan kan. Takde salahnya, boleh pergi bazaar. Tapi belanja ikut keperluan cukupla kan. Kang beli bebanyak sekali tak habis. Haaa acaner? Kalau yg boleh simpan untuk sahur tu takpe jugak. Ni yg tak boleh simpan, dah kena buang. Kan membazir tu.

Saturday, June 21, 2014

GRADUATED CFSIIUM

Yeyy dan akhirnya. Impian keluar cfs dengan jayanya sudah tercapai. Alhamdulillah result pun boleh whoaaaaa jerit jerit sampai batuk dah sekarang ni. Hahaha dan alhamdulillah tak ada yg kena re sit lega sesangat. Pointer pun boleh jerit jugak kihkihkih. Pada sesiapa yg kena re sit chaiyok! Usaha lagi okay. In shaa Allah man jadda wa jadda.  Tinggal lagi nak tunggu masuk gombak. Cabaran baru yg perlu diharungi. In shaa Allah kuatkan semangat, tabahkan diri, cekalkan hati. Allah mesti tolong kalau niat kita baik. Kankankan.

Tuesday, May 20, 2014

I AM NOT YOU, YOU'RE NOT ME


Jangan pernah libatkan mak dgn ayah aku. Sebab kau tk pernah tau, kau tk pernah rasa macam mana hidup dalam family ni. Kau tkkan pernah tau sebesar apa kasih sayang yg aku dapat. Kasih sayang yg mak ayah aku bagi. Kau taktau. Aku bukan kau, kau bukan aku. Jangan petik nama mak ayah aku kalau kau taktau apa apa. Kau letak diri kau, bayangkan kau kt dlm family aku. Adab aku, perangai aku, hal aku. None of your bussiness okay. Kalau rasa perangai kau baik, bagus, baru cerita dengan aku okay babe. Ini rasanya, kau pun boleh tahan perangai. Kan? Feel sorry my dear. Kita lain. Dan lagi satu, kau ada keluarga kan, ada mak ayah kan, anak yg baik kan. So mind your own bussiness!

Kalau aku kata perangai kau teruk gila sebab your parent tk reti didik kau elokelok. Kalau aku kata kau kurang perhatian dari mak ayah kau. How was that? Marah kan bila orang salahkan mak ayah?? Same goes to me sayang. Aku punya perangai biar aku settle sendiri. Aku ni kalau orang tak buat damn dengan aku, aku pun tak buat hal dgn orang. Tapi kalau orang dah lebih, I can do more. Jaga tepi kain sendiri. Jaga hal sendiri. Kalau rasa kau betul, lepastu baru fikir nk sentuh hal orang okay.

Sunday, May 18, 2014

BIAR IKHLAS BARU BICARA..


Ehh can you just shut your mouth? Dah dibalas tu shut up jelah nak apa lagi. Adoi. Berapa juta kali kau nk mention hah. Ye memang semua manusia salah atas dunia ni. Kan. Kau memang tkde salah langsung kan. Tkde dosa kan. Suci murni kan. Semua orang salah kan. Semua orang nk buat jahat kat kau kan. Ye ye aku faham lah aku faham. Kiteorg dh dapat kan apa kiteorg buat, so? Nak apa lagi?

Kalaulah maaf yg diberi tu ikhlas, barulah cakap pasal bersyukur ye sayang ye. Sebab kalau ikhlas, dia tk ungkit2 tau pemberian maaf tu. Dia tk kata mcm ni tau "kalau org tu tak maafkan mcmne?"(dan seangkatan dengannya) Egonya awak. Bukan apa, mcm riak pulak. Sebab awak tu pun manusia biasa je. Pemberian maaf tu pun Allah yg pinjamkan tau. Janganlah anggap diri tu besar nau ye. Dan tak baiklah libatkan tuhan kalau marah dekat orang. Yang salah orang tu, bukan tuhan dia wak. Istighfar syg ish ish ish. Takut Allah murka nnti cemana? Haa elok2 dah baik dah, muslimah sopan ayu lagi, jgnlah cemarkan nama baik gadis2 sopan ye wak.

Duduk diam2 ehh kt rumah. Cuba jadi anak yg baik jgn kacau dah life orang okay sayang. Orang pun dah dapat balasan setimpal. Tak baik tau mengungkit haa  Allah tak suka. Takmau takmau. Let bygone be bygone. Tak baik tau nak hukum hukum orang ni. Kerja Allah naaakkkk. Ingat mak pesan ni. Bukan apa, takut kaffarah tu bertukar. Betul. Boleh berbalik tau.

Tuesday, May 6, 2014

BALASAN

Assalamualaikum hai semua.

Akhirnya, selesai sudah cerita di CFS. Dua tahun. Tak sangka dah jadi ex-cfs ye sarah. Hahah. Semua paper pun dah habis. Balik rumah. Hai rumah, hai katil, hai boo, hai sayang. Dan seperti biasa, unpacking are 100 times worst than packing. Ughhh. 

Semua baik buruk. Kisah hitam pedih gelap pudar kelabu suram pucat sedih. Yang jadi sepanjang hidup di CFS salah diri sendiri. Okay. Salah sendiri. Yes sarah, kerana mulut badan binasa. Lepasni, jangan jadi bodoh sangat okay sayang. Janganlah semua manusia kau nk percaya bulat bulat. Hah. Sebab tk semua manusia baik kat atas dunia ni.Kan kan kan. Sebab adanya jin dan syaitan. Anak anak Adam jadi mangsa. 

Aku tk boleh lupa muka dia yg serba naif blur baik. Purapura tktau apa apa. Cakap tktaulah apa sebab semua jadi macam ni.Hahahahahaha. Adoi sarah sarah. Ketuk kepala sendiri. Bila fikir balik, lambatnya aku sedar. Tak apelah. What goes around comes around. Alhamdulillah, kifarah dosa tu kami dah dapat. Thanks kawan sebab sedarkan kami. Dan sebab perasaan bersalah kau tu, kau dah berjaya rosakkan atau lebih tepat lagi, kau dah berjaya pecah belahkan hubungan kami. Terima kasih. Ehh tkpe tkpe. We deserve this. Kalaulah ada HARI PERSAHABATAN SEDUNIA, in shaa Allah kau orang first yg aku akan ingat, orang first yg aku akan wish.

Monday, May 5, 2014

KALAU ADA JODOH...

Now i know. Life isnt easy. Yes exactly. Thank you babe. You teach me a lot and i learnt it. Thanks. Please let everything settle. Its over okay. Yes over. Not everyone are meant to be there forever. But if it meant to be, it'll be. Hah thats it. Semua orang datang dan pergi. Yang datang tk semestinya ikhlas. Kekadang singgah kejap je. Soon they'll leave. I've been left. Ya Allah. This is so hard. Yes i know. The Almighty dah atur semuanya. Sabar sarah. Innallaha ma'assobirin.

Mak ade tnya. Cemana sekarang. Haha. Mak mak mak. Yes instinct mak sangat kuat. Sabarlah mak. In shaa Allah. Mak doakan je yang terbaik untuk anak mak ni yee. Tktau nk bg jawapan ape kt mak. Mak, the problem is, semua menyinggah je dalam hidup ni. Nanti bila dah sampai masa, anak mak ni akan diambik orang. Doakan semoga dia yg terbaik sebagai menantu mak, the perfect husband for me, and the best abah for your grandchild. Aamiin.

And for you, my future husband. Future abah for my children. Whoever you are, wherever you are. Semoga awak boleh terima keluarga saya seadanya. Saya dah letak harapan setinggi langit kat awok okay. I would like to remind you. Please behave yourself. I've been waiting for you for such a long time. Hopefully you make an effort for me. Aku bukanlah gadis yg terbaik. Yes aku ada kekurangan. Itu dah pasti. Nobody perfect. Cukup kau tau kekurangan aku so that you can accept me. Yes the real me! Lagak aku memang mcm lelaki, kasar tak bertempat. Cakap lepas jadi favourite aku. Aku taklah sesopan melah di kampung. Tapi naluri aku masih seperti gadis lain.Seorang wanita akhir zaman, yang bercita-cita menjadi muslimah sejati.

Thursday, April 17, 2014

TAKTAU NAK LETAK TAJUK APA


Study week semakin hampir. Maknanya, final is around the corner. Huhh chillex sarah. Chill okay. Study sungguh sungguh. Jangan buat perangai. Taknak repeat kan sarah, yes taknak. So man jadda wa jadda. Sabar, sikit je lagi ni. Dan utk sem akhir, in shaa Allah tahun akhir di cfs, banyak perkara yg berlaku. Pro n cons, good and bad, seronok dan sedih. Dan seangkatan dengannya. Tak larat nk taip panjang2 oii. Hahah

Malangnya utk sem ni, paling tak best dekat cfs. Tak apelah. Aku pun tknak ade kenangan kat cfs tu, mcm tk rock lah. Baru asasi sarah! Ek eleh, jangan kecoh sangat boleh tak? Hahah. Poyo je lebih kan. Ehh sebenarnya. Point entry ini adalah utk bagitahu anda anda dan anda semua. Bahawasanya saya. SANGATLAH TIDAK MENYUKAI KELAS COMPUTER 1 pada sem ini. Hahahahaha. Aku benci kelas comp. Benci benci benci. Hopefully, tkde student yg dilayan sebegini rupa oleh lect mereka nanti. Fullstop sbb nak smbung study comp, esok quiz dan baru inform petang tadi,  dan banyak chapter masuk pulak tu. Memang aku computer pun boleh hafal semua sekelip mata jer. COOL. Cauuuuu bebeyhhhhhh.

Sunday, April 13, 2014

I WANT MONEY INSTEAD OF I NEED MONEY?

Assalamualaikium dan SELAMAT PAGI !


Hahaha, dan ini pertama kalinya aku update belog pepagi. Dah kenapa? Aigoo. Gua tak boleh nk tidur lah der. Memikir duit gua yg hampir habis. OMG. 

Sarah sarah. Jangan macam ni pleaseeeee. You make me worry okay. Ohh please. Pantang ada duit lebih mesti nak belanja bukanbukan. Arghhhhh. Guane ni boh. Ambe sendiri pening mikir huh. This week je berapa ratus dah habis! Ya Allah, peliharalah aku dari kemiskinan. Hahah tetiba kan. Lantaklah.

Nak duit. Nak duit. Nak duit.
xoxo
sarah.

Tuesday, April 8, 2014

ONLINE SHOPPING

Hai uolls. 
Haha acah acah gegedik sikit boleh kan.

Ni mak nk cerita sikit ni haa. Sejak dua menjak ni, iolls suka bebenor nye membeli online! Hehew~ Bukan apa. Macam seronok pulak. Oder je, klik klik. Pastu bagi details, ha tup tup esok lusa sampai. Terus ada depan mata. Teruja sesangat lama tak buat online shopping ni. Uolls apa lagi, try lah. Alah toksah nk takut sangat lah. Apa kekadang takut barang tk sampai lah. Kalau sampai pulak takut rosak lah. Eeh banyak pulak songeh nya haa. Biasalah semua tu kan. Tapi so far, iolls tk pernah la lagi dapat barang rosak. Semua okay jer.

Uolls pun kalau nk oder online. Ni kalau takut tak boleh caye la kan, cek lah dulu testimoni depa tu. Jangan dok main redah je woii. Pastu bila rasa macam boleh caye, tengoklah pulak barang tu. Jangan la oder barang yang cepat rosak. Iolls pun oder clothing jer. Like, baju. Tudung. Shawl. Haa. Takdelah rosak kan. 

Friday, April 4, 2014

LIFE |||

Assalamualaikum.
Hai semua. Dua bulan ni.
Sangat serabut. dan stress sesangat.
Sebabnya.




Ya Allah. Memang dugaan betul lah. Beragak la nak catu air sampai dua bulan oii. Nak catu pun catulah kt area perumahan tu ha. Yang hampa p catu kt kawasan uni amende tah. Tak faham ke orang dah cukup stress. Dengan kerja belambak gila. Mana nk mandi lagi. Membuang lagi. Tu belum kira lagi dengan nk p tadah air lagi. Aduhai

Aku ni ha dah la kurus keding je. Memang idok ler nk mengangkat baldi. sumpah tk larat lah. Tu belum kira air aku kena curi lagi. Ehh mmg tk faham lah manusia ni kan, Aku memang tadah air untuk korang pun. Sesedap hati je rembat air orang. EEEE cubit karang haa, Tadah la sendiri.

Monday, March 31, 2014

LIFE ||

Hai silent readers! Holla. Semester ni dah hampir ke penghujung. So as usual lah, jadual pack sesangat. Mcm tk sempat dah utk pegi kelas, haha lol gila. Rasanya nk siapkn semua task and tkyah pegi kelas. Fair tk cenggitu? Hihik..

So. Cerita utk entry kali ni. My priority is parent and family! Ofcos lah tkkan berubah sampai bilabila. Buat masa ni, tknak lagi fikir pasal aku. Means, kehidupan berumahtangga.bDulu kemain sikit2 cakap pasal kawin kt mak. Now bukan tk boleh. Tapi aku yg tknak. Malas nk fikir la weh. Nk belajar dulu, bg habis asasi ni. Pastu inshaaAllah proceed to degree. Habis degree find a job lah. Dah pilih dah nk major in apa degree nnti, 
hopefully dapat buat yg terbaik. Memang tk berapa setuju sangat pilihan tu. Tapi. In shaa Allah redha Allah datangnya dari redha mak ayah. Kalau mak ayah setuju, why not kan? Try lah. May Allah bless me. Aamiin.

Now dah tau dah. Ada sebab kenapa parent tknak bagi kawin awal. Setengah parent okay je kalau anak dorang nk pilih kawin muda. Hihi tetiba berangan jap. Ya Allah bestnya life ada suami! Awwww ehh okay2 enough kayh sarah.

Mak tk bagi bukan sebab mak tk caye kt anak dia. Bukan sebab mak takut anak dia tkleh jaga suami, anak, mana nak belajar lagi.Kan. Tapi, mak tk bagi sebab. Mak nak rasa duduk dengan anak dia, selama yg boleh. Mak nk rasa dijaga oleh anak dia selama yg mungkin. Sebab mak tau, bila anak dia dah diambil orang nanti, peluang keemasan tu tkkan dapat dah. Walau baik macam mana pun pilihan kita, mak pasti rasa berat nak lepaskn anak dia. Sejak lahir mak jaga kita, tetiba ada orang nk ambik. Awkward kan. Mesti rasa lain gila hidup mak. At least, buatlah mak rasa bahagia sebab dijaga anak dia.

Ok then. Lepas ni jgn nk cakap mak ayah tk faham kita lah. Tak sayang kita lah. Sebelum cakap tu, fikir dulu baby. Sebab dorang syg lah dorang buat mcm tu tau. Okay lah, fikir tau. Please. Dont take it for granted.

XOXO,
SS.

Friday, March 7, 2014

MID-SEM BREAK

Hai uolls sekalian. Hahahaha macam bongok jer


And finally! It's MID-SEM BREAK woiii. Kenapa seronok sangat? Ofcos lah. Sebab nilah masanya nak tidur atas katil sendiri.Yang konfem konfem lagi empuk dari katil cfs tu. Dan yg paling bestnya, masa nilah nk makan makanan favourite. Omnomnomno. Teruja sangat ni haa. Hahahahaha. Almaklumlah. Makanan kat cafe tu bukan tk sedap. Tapi tk berapa nk kena dengan selera lah. Huhu. Cerita sini habis sini lah ye.

Btw, walaupun cuti, still kerja bawak balik rumah weh. Memandangkan sekarang ni dah hari Jumaat, cuti aku seminggu je pun. Enough sarah. Jangan nk berlagak macam cuti sebulan! Jumaat baru nk sentuh assignment oii. Sentuh je ni. Entah buat ke tidak. Hahahahaha. chill lah, nak submit hari Isnin. So apa lagi, macam tak biasa pulak. Assignment last minute laaaaaaa~

xoxo, sarah
uhibbu fillah

Wednesday, February 19, 2014

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA

Assalamualaikum semua :D
 Hai silent readers. Entry harini nak beremosi sikit lah.
Boleh tak? Haha.


Tak semua yg kita rancang tu menjadi. Tapi kalau jadi tu, bonus utk korang. Not everyone meant to be in our life forever. Bila teringat balik hal dulu dulu. Rasa macam, Ya Allah. Nape ehh jadi macam ni? Hmm I know that everything happen for a reason. But i wish, i could know what the reason was. Its will make my life easy. Seriously.

Aku tk pernah terfikir pun ada kehidupan yg macam ni. Sebelum ni berangan, wah kemain hebat. Biasalah kan. Selalu fikir, aku nak hidup dengan dia. He's the best. Unfortunately. Allah knows better.

Life makes litle sense. The more we grow, the less sense it'll make. Ohh come on sarah. Past is really past. Please learnt from the past. This is your life. Remember Allah, then you'll get what you should get. Dont change your book, just turn up to the new chapter sarah.

*who the hell are you to tell me what should i do?
Just who the hell are you?!
Sometimes, word explain everything.

Friday, February 14, 2014

SHOPPING!


Minggu yg sangat seteghes. Serioustalk* Minggu ni bnyk benda nak kena settle. Nk siapkan video, assignment, quiz lagi. Ahhhhhh. I hate the way i released my tension. Bila seteghes je, mesti rasa nak berjimba sakan! Rasa nk beli mcm mcm. Padahal tk penting pun. Tp saja bengang, so melagho lah.

Nk membeli tu satu hal jugak. Pitih tkdok wehhhh. Adoi mr elaun ni. Bilalah gamaknya kome nak masuk? Ambe letih mikir. Hahahaha hutang keliling pinggang dah ni. Dapat je elaun, bayor hutang dulu. Pastu baru shopping!!! Tak sabar tak sabar tak sabar..

Thursday, February 6, 2014

PEOPLE

Hello silent readers ! Hmm hmm. 
First of all,  i am not in mood. Hehew. 


Ohh entry kali ini menceritakan seorang manusia yg ahhhhh tktau lah nk cerita mcm mana perangai dia. Bila teringat je, sakit pulak hati kite ni wak. Haha Just think like this; I really really hate when people just call me when they need something.  So you get it ?? Ohh thank you , thank you again dear. Nasib baik korang senang faham, tkdelah susah nk explain panjang lebau. Hihihi. Iyelah, last but not least, please dont ever ask me why i am not talking with you anymore dear. Please bcz you have the answer.

Tuesday, February 4, 2014

THIS IS LIFE

Assalamualaikum, hai dan selamat petang. Hihi, selamat mula belajar utk kawan kawan aku yg dah start degree tu. Bestnya lah dah habis CFS. Aku jugak yg terkontang kanting kt sini. Chill sarah. Ramai lagi kt sini. Sem ni sangatlah tough. Mungkin sebab final sem. Yeyy. tak sabarnya nk graduate CFS ni. Wish me luck guys. I pray for the best. Hopefully I can do better In Shaa Allah. This is what I said about, THIS IS LIFE.. No matter what happen, how stress you are, how pack your schedule, true friends always there for you.

Thursday, January 23, 2014

MUSLIMAH...



Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat kursi,
Terkadang pakai stokin mula dengan kaki kiri,
Terkadang main redah sarung kasut orang lain.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy. 

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak boleh lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak boleh lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak boleh lari dari perasaan lemah dan tak berdaya,
Yang tak boleh lari daripada khilaf, salah dan dosa.
Kerana apa ?
Kerana dia juga merupakan manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit apabila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau terkadang hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk muhasabah diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Bukan kerana dirinya lemah,
Tapi kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit,
Untuk menjadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha ,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga akhirat sana.

Wednesday, January 22, 2014

ROOMATES

Assalamualaikum hai awak awak semua. Entah kenapa mood sekarang tersangatlah bahagia. Jadi nak share sikit pasal my super duper roomates ! Ohh please. They are everything for me. Uhibbukum fillah sayang. Thanks for being there when I really really need my mom ! Thank a lot for make my day happy, full of laugh. Korang daebak ever. Seriously korg memang awesome. Geng melagho aku selamanya. 

Xoxo
Till Jannah

Tuesday, January 14, 2014

CFS IIUM

And finally ! Sem baru dah start oii. Hahahai tktau lah nk happy ke apa ni. Hopefully everyhing gonna be okay ! Please Allah. Hihi. Next week confirm dah mula dengan assignment and presentation. Semoga dipermudahkan segalanya. In shaa Allah, chaiyok2 sarah. Bittaufiq wannajah okay. Jgn putus asa.

Wednesday, January 8, 2014

DONE WITH MY BREAK !

Assalamualaikum, hello hai semua.
Lama gilossss tk update ini belog. Hhaha
Rasa rindu nk menaip.


So, cuti aku yg hampir tiga bulan dah habis. Bila fikir fikir balik, entah apa yg aku buat sepanjang cuti ni. Hakhakhak aigoo --' sarah sarah. Langsung tk produktif cuti kau. Ehh tapi at least dapat balik kampung. Drive to Perak and Terengganu was really really awesome sioooot !

Dan sekarang. Tiba masa utk aku packing semua barang2 aku. I was like, malasnyaaaaaa~ hmm hmm *laying* Sabar sarah. Sem akhir ni kan. Hehew pesan pada diri sendiri. Buat apa apa pun, motif Lillahita'ala syg, ingat tu okay.