Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat kursi,
Terkadang pakai stokin mula dengan kaki kiri,
Terkadang main redah sarung kasut orang lain.
Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.
Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak boleh lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak boleh lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak boleh lari dari perasaan lemah dan tak berdaya,
Yang tak boleh lari daripada khilaf, salah dan dosa.
Kerana apa ?
Kerana dia juga merupakan manusia biasa.
Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit apabila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau terkadang hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk muhasabah diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Bukan kerana dirinya lemah,
Tapi kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit,
Untuk menjadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha ,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga akhirat sana.
No comments:
Post a Comment