So now people, let me tell you how it feels to live without a father. Its hurt, Its hard. and its different. Orang yg kita rapat yg kita sayang, sangat, takde. Forever pulak tu. Rasa rindu tu, Allah, tiap hari weh tiap hari tiap masa. Ada je benda yg buat kita ingat.
Dulu walaupun tahu ketuk paku kt dinding tp boleh jugaklah nk mengada dgn ayah mintak tolong buatkan itu ini. Tapi skrg, semua sendiri. Cakaplah kerja apa. Tukar lampu, tukar paip, baiki sinki, ketuk paku. Semua kena sendiri.
Pernah rasa rindu tu datang tiba tiba. air mata pulak mcm tak kasi chance pun utk stop. Masa tu rasa mcm i need you so much ayah. I miss youuuuu. To keep strong is hard, but to see them sad is hurt. Kite rindu sangat kt ayah. Ayah, skrg kite tgh final eam. Biasanya bila exam ayah mesti buatkan air yasin utk minum sepanjang exam tu. sekarang takde dah. Ayah dtg la dlm mimpi kite, boleh jugak kite hilang rindu walaupun jumpa dlm mimpi je.
Dah 4 bulan ayah pergi. Kenduri kite nanti mcmne yah? Rumah kt Dungun mcmne? Tak best la takde ayah. Tak meriah dah. Biasa ayah yg banyak buat lawak. Nanti cuti sem kite nak balik Dungun yah. Macam selalu. Cuma cuti kalini lain, ayah takde ikut kiteorg. Lain.
Friday, December 30, 2016
Tuesday, November 15, 2016
DUA BULAN DAH,
So now, tell me how to be strong. Tell me how i supposed to proceed my study. Tell me how to be really strong to handle my study in fact ayah the one yg sangat sangat nak tengok i study in UIA, he is the one yg nak sangat anak dia grad as IIUM student.
Biasanya apa apa mesti nak update dkt ayah and mak. So haritu beria la balik rumah awal sbb nk bgtau kt ayah yg dah nak midterm statistic which is ayah dgn mak sangat tahu yg i mmg takut and tknak belajar math. So balik rumah nk mengadu la nervous lah takut lah, and sampai je rumahhhhhh guess what! I lupa yg ayah dah takdeeeee. Can you imagine how was that feel? Its feels not good okay not good. Pastu apa lagi, masuk bilik cakap dgn gambar jelah sis mampu, pastu well mcm biasalah menangis tk sudah. Hello you guys ingat i menaip ni tgh cool ke, mmg taklah menangis manjang ni haa.
but its okay, for me, menangis kan therapy. Such a relief tau bila menangis.
Ayah dgn mak yg sepatutnya ada masa kita convo nanti. Tak lama dah ayah, tak lama. Nanti kita bawak sijil tu kat ayah okay. No worries, i'll make you proud. I always want to make you proud ayah.
I miss you so much ayah. I just miss you so much.
Tuesday, October 25, 2016
KAWEN
Haa yelah, bila tengok orang kawen, aku pun rasa nak kawen. Erghhh stressnya lahai camni. Tapi lupa, mana layak lagi nk kawen. Banyak benda yg serba kurang lagi, kena baiki lagi, kena ubah lagi. Kenapa bila tengok orang lain, mcm senang je hidup dorang nk kawen.
Macam mana parents boleh setuju? Macam mana dorang approach? Macam mana kumpul duitttt? Haaa ni soalan paling aku nk tau jawapan dia, hahahahaha. Tolonglah share dgn sis, sis nak tau sangat ni haa.
Macam mana parents boleh setuju? Macam mana dorang approach? Macam mana kumpul duitttt? Haaa ni soalan paling aku nk tau jawapan dia, hahahahaha. Tolonglah share dgn sis, sis nak tau sangat ni haa.
Tuesday, September 27, 2016
To accept the fact that i am handling my family now is sometimes make me down. To be a child, a sister, a daughter, a student, the one who handle everything for your family; buying groceries, pay all the bills, so on and sort of, seriously are not easy. I repeat, it is not easy.
Aku ingat lagi pagi tu, mak kejut kata ayah macam dah lain je, in fact i know that she trying to tell me that my father is gone. My father is gone. Your father is gone. Can you imagine life without the one who always there behind you? Can you feel how to handle everything without someone whose inspire you soooo much to be strong in your life.
My heart broken into pieces.
Aku ingat lagi pagi tu, mak kejut kata ayah macam dah lain je, in fact i know that she trying to tell me that my father is gone. My father is gone. Your father is gone. Can you imagine life without the one who always there behind you? Can you feel how to handle everything without someone whose inspire you soooo much to be strong in your life.
My heart broken into pieces.
Wednesday, August 31, 2016
REHATLAH AYAH,
Mungkin ada yg belum tahu pd tanggal 27 Ogos 2016, maka telah pergi seorang ayah meninggalkan kami. Allah. Sungguh aku cuba utk bertahan, tp betul, ianya tak semudah yg disangka. Tak semudah yg diucap. Menjaga ayah sepanjang dia sakit dan kembali sihat dan sakit dan semakin teruk sehinggalah nyawanya diambil, amat sukar bagi aku utk melupakan semuanya. Apa yg berlaku di depan mata sangatlah buat aku terfikir, wahai Tuhan kenapa sebegitu cepat dia diambil?
Tapi siapa kami utk pertikaikan semua. Lalu aku terfikir, bagaimana aku harus kuat tanpa seorang yg sentiasa memberi kekuatan kpd aku? Bagaimana aku boleh mengurus segala hal tanpa seorang yg sentiasa memberi tunjuk ajar pada aku? Mampukah aku utk terus menjaga apa yg dia titipkan. Mampukah aku utk terus kuat di depan mak dan adik beradik yg lain?
Masih terbayang wajah ayah. Gelak tawa ayah. Lawak ayah. Allah Allah. Kuatkanlah aku utk segala hal.
Aku akui, Allah mengambil nyawa ayah dgn baik sekali. Inshaa Allah syurga tempatnya. Ayah dah tak sakit sekarang, ayah dah sihat. Ayah dah gembira kt sana. Tenanglah wahai ayah. Terima kasih sbb dah mendidik, menjaga segala kebajikan keluarga kita, dan sbb dah menjadi ayah yg terbaik cukup sempurna utk kami semua. Ayah tengalah dekat sana ya. Inshaa Allah kita janji kita akan jaga keluarga ni dgn baik. Maaf sbb ayah tak dapat tengok kita dgn adik konvo :'(
Saturday, August 13, 2016
TAK TERKATA,
Takkan la semua hal kita nak cerita dkt orang kan? Ada benda yg kau akan kekok kalau orang tahu. Dan ada benda jugak yg kau nak sangat cerita tp kau mcm terfikir takkan aku nk cerita dkt dia nanti kang bla bla bla.
Allah. Menjadi seorang anak yg cuma kau je boleh diharap sangatlah tak tertanggung rasanya. Bagi orang lain mungkin dorang akan fikir takpelah weh, besar pahala kau. Tp to be honest, benda ni aku sorang je yg rasa. Pahala is pahala. But tanggungjawab nak kena pikul tu, its hard babe. Really hard.
Sometimes aku terfikir, mampu ke aku utk handle semua ni. Boleh ke aku uruskan family ni dgn baik from a to z.
Mak selalu sebut, minta maaflah rah sbb rah banyak kerja. Tak boleh nak enjoy sangat mcm kawan lain. Mak kata lagi, kalau rah ada suami mungkin ringan la sikit beban tu. Ada jugaklah orang boleh minta tolong. OKAY NOW IM CRYING! Aku pernah jgk terfikir, kalau aku ada suami mesti aku boleh minta tolong dia. At least ringan la sikit kerja aku. But yes, this is kalau. The thing is belum lagi mak. Mungkin Allah tu ada aturan Dia yg kita tak jangka. Mungkin Dia nak aku jaga keluarga aku, orang tua aku, dgn kudrat aku sendiri, like who knows kan? *Haah masa ni jelah aku positive mind* Hahaha lel but honestly, bila mood kau swing pastu semua benda kau kena settle sorang. Okay sebagai contoh bayar bil kau, beli groceries kau, study lagi, hal kereta lagi (ni belum masuk bab saman), aktiviti kt uia lagi, and etc.
Allah. Nak cerita dkt orang paal apa yg aku rasa, pasal penat aku, pasal stress aku, mmg tak. Semoga aku diberi kekuatan utk uruskan semuanya dgn baik. Semoga aku dpt balancekan balik jadual belajar aku sbb things really get tough sambil study sambil nak jaga ayah. Pssttt my tears like don't want to stop hahaha. I know im cool. I can handle this in shaa Allah. with all my beloved person besides me, i hope things will get better as it was. May Allah help me.
The cengeng girl,
sarah
Sunday, July 31, 2016
KITA
Kita adalah manusia yg belum tahu apa masa depan. Andai apa yg dirancang menjadi kenyataan, alangkah bahagia perasaannya bukan? Tapi apa kata jika yg dirancang tk menjadi kenyataan dan yg tidak diingini itu yg terjadi?
Hilang terus harapan.
Kadang ada yg hidup terus rasa mcm takde guna. Yelah, mana taknya, benda yg kita nak sangat tk dapat. Tp yg kita taknak pulak yg jadi. Kau rasa? Sakit weh.
Semoga kita semua (yg terluka) akan berasa bahagia dgn izin Dia.
Hilang terus harapan.
Kadang ada yg hidup terus rasa mcm takde guna. Yelah, mana taknya, benda yg kita nak sangat tk dapat. Tp yg kita taknak pulak yg jadi. Kau rasa? Sakit weh.
Semoga kita semua (yg terluka) akan berasa bahagia dgn izin Dia.
Saturday, May 28, 2016
Manusia di zaman ini begitu seronok mengejar dunia, walhal mereka sedar bahawa dunia ini ada penamatnya. Bahkan sudah begitu hampir ke hujungnya. Kita begitu leka, seronok. Dengan cinemanya, dengan menarinya, fesyennya, media sosialnya. Apa yg kita dapat? Ye, seronok. Tapi seronoknya hanya sekejap. Seronoknya hanya di dunia. Buat apa seronok dan puas kalau akhirnya menderita. Terseksa. Lebih baik ikut syariat. Seronok juga bukan? Tetapi seronoknya lain sedikit. Kenapa? Kerana seronoknya di sini, di dalam hati. Rasanya sungguh damai sekali. Dan in sha Allah selamat dunia akhirat.
Tuesday, March 1, 2016
PASSION
Seriously journalism is not my passion, at all. But nvm, just give it a try. Tapi betul lah orang kata, kalau tak minat lebih baik jangan ambik. yaa betul, tak dinafikan. Memang belajar sesuatu yg kita tak minat sangatlah rasa terbeban.
Sebagai contoh eh, dapat assignment harini kena buat report pasal any event or news that happen in your campus and kena submit in two days, sumpah bukan jenis aku untuk siapkan assignment secepat ni. Yaa tapi betul, journalist kan, mestilah kena buat report cepat. Nak kena bagi kt editor utk dipublishkan. Well, honestly aku respect those people who into this field. Bukan senang nak terjah event orang ke tetiba nak culik kejap program manager utk cari information, susah okay. Sometimes people dont want to cooperate with us, yah orang ada nama lah katakan. Eh.
Cukup stress bila kita ada banyak lagi kerja lain assignment lain yg nak kena buat pastu nak kena cari event pulak pastu satu hal nak kena contact program manager tanya semua details pastu dapat pulak yg pesen nak taknak layan soalan kita. Eeeee aku rasa nak bagi penyepak je tau. Ingat aku nak sangat ke interview engko haaa kalau tak dek kerana assignment aku, eeee memang tak kuasalah nak oii. Haaa kan dah bebel erghhh stress. Due date pulak semua kalau boleh nak serentak je apahal tah. Hahaha tapi itulah, dah bahagian masing-masing kan. Hadap jelah sarah weh.
I love writing, but for this time being, let it be as my hobby. Untuk jadikan penulisan sebagai kerjaya, mungkin bukan aku orangnya.
Monday, January 11, 2016
A NEW BEGINNING.
And its 2016 tho! Omg macam tak percaya je. Seronok tapi takyah nak seronok sangat la sarah! Luls. I have two more years for my degree and i really need to struggle for my pointer. Damn those things really make me stress. Oh dan semestinya umur semakin meningkat okay. Sarah you're getting older! Can you feel me? *I don't know about you. but im feeling 22 everything will be alright* yesss!
How fast time flies. May success, happiness, love, good health, wealth comes to me. May all the positive things happen to me, inshaa Allah. Sangat sangat berharap ada perubahan dalam diri sendiri untuk tahun ni. Sangat berharap! Semoga di tahun baru ni seorang sarah menjadi lebih rajin dan berjaya. Inshaa Allah. Ya i know my family pun berharap gila kot yg siti sarah menjadi seorang yg rajin. Sebab well i memang seorang yg pemalas tahap nak makan pun tungg sakit perut dah pening-pening baru nak makan. Hahaha so that it. Tetiap tahun berazam jadi lebih rajin tapi last last pemalas jugak. Kahkah taktahu lah apa nak jadi. Gamaknya kena kawen dulu kot baru nak sedar diri. Well, people change kot. So why bother?
Ah yes, sebut pasal kawen kan. Can i just breath and let things happen like omg i malas la nak fikir pasal benda ni hahahaha. Macam takde penghujung je. Can i just follow the flows? Erghhh.
Saturday, December 5, 2015
GETTING MARRIED
"Marriage is not a noun, its a verb.
It isn't something you get, its about something you do.
It's the way you love your partner everyday"
- Burbara De Angelis
Perkahwinan bukanlah sesuatu yg mudah. Yg kau rasa kau boleh buat endah tak endah. Harini kau kawen lepas tu setahun akan datang kau bosan kau cari lain. Harini kau mintak dia dari wali dia, setahun akan datang kau pulangkan dia just bcz she can't pregnant. And etc. Don't bother to get married just bcz all of your friends were married, or they are getting married. Why should you follow others if you know where you belong. You know where you at. Come on, think wisely la beb. Do it IF you think you can handle it. If you think so, then you may proceed. Ini diri sendiri pun haru-biru lagi, janganlah sibuk nak jaga anak orang. Karang tak pasal kebulur pulak anak orang tu.
LADIES & GENTLEMAN, if you think marriage just to fulfill your desires, you're wrong. Marriage is beyond than that, it's more than you think. Everything will not be perfect all the time thou. Never. Sedangkan masa kau single pun dah berapa juta masalah yg kau hadapi, inikan pulak bila kau hidup berdua. Masalah akan berganda. Marriage is about sharing, of everything. Girls, dah ready nak hold your responsible as a wife, as a mother. Are you ready to deliver your babies. Braders, dah sedia nak tanggung semua dosa si dia? SEMUA tau. Makan minum pakai tempat tinggal.
If you think you nak kawen just bcz bangun ada orang kejutkan (both), your meals ada orang tolong siapkan (both), duit belanja husband you kasi, and both of you gonna be happy all the time, yaa it would be, but it also wouldn't be. Marriage is not as simple as that guys. Trust me. Sooner or later you'll have kids, and definitely you must have a place to stay. Well, you guys will not stay forever kot dgn parent / perent in law. No marriage face no difficulties. Gila apa hidup nak lancar je, mana ada. Fikirlah bebaik. Bila rasa dah siap sedia semuanya, then okay. Barakallahulakum to those who getting married, semoga Allah berkati kalian sepanjang hayat, bersabarlah dlm membina rumah tangga.
Saturday, October 10, 2015
NEW VERSION OF ME?
Hey guys, wassup.
So, im gonna change myself. yaa it is for the first time and forever in shaa Allah. Huhh, like seriously sarah? Hahahaha sebenarnya aku pun macam err ragu-ragu jugak tapi macam arghhhh. Taktau ni apa rasa ni. Bercampur-baur dah.Seronok dan takut dan tak percaya.
Dia rasa macam nervous, tapi eksaited gila, tapi gemuruh, tapi macam bestnyaaaaa. Mashaa Allah i am so confuse. Semoga dipermudahkan segalanya aamiin.
In shaa Allah semoga ini yg terbaik lah. Mesti rasa kekok gila, awkward segala bagai lah. Yelah mana tak nya. Tiba-tiba nak ubah diri sendiri jd mcm yg aku tk pernah expect langsung kot. NEVER EXPECT okay! Semoga baik-baik sahaja semuanya. HAHAHA mohon jgn tanya banyak solan okay sbb aku mesti krik krik nak jawab nanti. Yeah for sure lah kan. Like seriouslyyyy omg pening. Bye
Saturday, September 26, 2015
UPDATE!
Yapp. It has been five months tak update blog hahahaha. Jangankan update, bukak pun langsung tak. Busy amende tah lulz.
Since i hv change my majoring, yeayyy! At last lega gila cz i am not bachelor in history dah hahahahaha. Ya Allah leganya dapat change bachelor. Macam syurga gila sebab dapat ambik kos yg kita nak kan? Yaa i think so.
So, i hv two more years to go for my degree yes in shaa Allah will be graduate on time. Mashaa Allah i am soooo eksaited tho ihiks. Bestnya! Hopefully my degree life gonna be, just fine. Easy to handle and carry on. May Allah ease my journey aamiin.
Friday, April 10, 2015
CERITA PEREMPUAN KOT
Eh tetiba banyak hal pulak hahaha. Satu satu malang bertimpa-timpa. Kahkah sangat tau sarah ni. Lepas tu mulalah fade up dgn life sendiri. Pastu cengeng macam budak kecik menangis sampai tkde air mata dah. Lepas tu merayau naik kereta. Kengkonon nk pergi tasiklah mcm biasa nk tengok nice view sbb tengok keindahan alam ni buat hati tenang. Tetiba ramai pulak manusia kat tasik tak jadi ah. Last last pusing pusing naik kereta apa lagi pilihan akhir, pasang lagu macam nk pecah speaker kereta pastu jerit sekuat hati pastu nyanyi kuat kuat. Biarlah nyanyi tak sedap pun biarlah nyanyi sambil nangis sedu sedu pun. Biarlah sampai mata dah pedih sampai nk drive pun dh tk boleh. Alah peduli apa kereta kita kan buat jelah apa pun.
Masa nilah rasa mcm tkde orang pun ada dengan kita. At last sedar diri Tuhan je yg ada. Sebab tu selalu pesan kt diri sendiri, tkyah la nk letak harapan tinggi tinggi sangat kt manusia sejagat ni. Sebab basically end up kita yg tanggung sesorang hahaha. Manusia lain tu bila dah okay baru dia sibuk sibuk nk tnya dah okay ke ala bukan tknak tolong bla bla bla and whatsoever do i care? Damn yaa.
Eh lepas tu en terfikir, sebenarnya diri sendiri yg over nk mampus. Orang lain bebiasa je nampak tk nampak je kita ni. Kahkah bila kau masuk wad baru dorang dtg jenguk gamaknya. Hai mulut jangan hahahahha. Tapi kan biasalah perempuan bila satu hal dia fikir, hah sejak zaman dahulu kala pun termasuk sekali tetiba je teringat semua menyinggah time time nilah semua nk teringat pastu last sekali menangis utk semua benda dari A to Z walhal tkde kaitan pun kahkahkah. Hai perempuan betul. Tetiba rasa malas nk layan semua orang sbb semua orang buat taik je masa tu kan. So malaslah nk layan dorang baik buat kerja sendiri en.
Wednesday, March 25, 2015
INSECURE
Orang kata, bila stress, hati rasa tk sedap, fikiran pun berserabut kemain, silalah nikmati keindahan Tuhan. Nak tau, its make makes sense tho. Seriously.
Im lucky enough sbb kampung kt tepi pantai. Jalan kaki cuma lima minit je, klu drive tkyah cakaplah kan. So definitely bila stress dgn segala bagai kerja assignment quiz and tht kind of stuff, aku boleh decide nk balik kampung anytime. Asal ada cuti je, papppp bedesup aku balik Dungun. Tk kiralah cuti apa pun, baik mid-sem, cuti sem, ataupun cuti peristiwa yg berderet. Since parents pun dh tk kerja, so thts it! Bertambah mudah sbb tk payah tggu dorg apply cuti lah apalah.
Kau tahu, bila kau jalan sesorang kat tepi pantai, dari hujung sana ke hujung sini. Dgn angin yg sepoi sepoi, ya Allah Dia je tau macam mana tenangnya hati kau weh. Masa tu kau nk jerit ke, nk pejam mata ke, nk menangis ke, go ahead! No ones care. Itu masa kau dgn Allah. Lagipun, kalau Dia tk bagi kau stress, kalau Dia tk bg perasaan kau tk sedap, sampai kapan pun kau takkan ada niat nk nikmati keindahan alam.
Trust me. Worth it babe, seriously. Try. Ambik masa utk kau kenal Tuhan kau. Ambik masa utk kenal diri kau sendiri. Bagi peluang kat diri kau, hati kau, utk rasa ketenangan walau sekejap. La tahzan innallaha ma'ana
Saturday, March 7, 2015
BE GRATEFUL PLEASE,
Kerap hati rasa tak puas.
Kerap rasa manusia lain lebih dari aku.
Pesan seorang murobbi.
Segeralah engkau berwudhuk, nescaya hatimu akan tenang.
Bila dunia diletakkan atas pada akhirat.
Segala perilaku hanya utk meraih glamour.
Tak kurang yg ingin pujian manusia.
Like. Followers. Batak semua tu.
ALLAH. Jauhkan aku.
Kerap pula rasa, dia ada segalanya.
Baik rupa, harta, kenalan, bahagia.
Dia selalu lebih.
Sebab dia mungkin tak fikir.
Kadang auratnya tah kemana. Tutup.
Tapi belum sepenuhnya. Atau lebih tepat,
belum sempurna. Maka sebab itu.
Sarah. Bukankah semua ciptaan Allah itu indah?
Heh.
Monday, February 9, 2015
ITS HURT
Its hard, when people expect you're kind, but you aren't.
When they thought that you're perfect, but you know you aren't.
Its hard. Trying to be perfect while you know who you're.
Its hard.
Its hurt.
Its hurt.
Darlings.
Even with the worst past, you can make a better future.
When s/he can accept who you are, isn't it enough?
Or you might think you can get better? If so,
you should think that s/he can get better than you!
Tuesday, January 27, 2015
KISAH DONGENG CINDERELLA
" Hidup ni ada pasang surutnya.
Macam ombak memukul pantai.
Setiap sengsara, pasti ada sinarnya.
Dan di setiap kesulitan, pasti ada kesenangan.
Bukankah janji Allah itu pasti? "
Sudah menjadi lumrah. Dalam setiap kehidupan manusia, pasti ada naik turunnya. Jangan cepat menyerah sayang. Kita takkan pernah tahu takdir Tuhan untuk kita. Jadi, kita tempuh. Baik buruknya kita, jatuh bangunnya kita, Dia ada. Mengapa perlu takut? Sedangkan segalanya sudah ditentukan bukan. Kadang, tak semua yang kita rancang tu menjadi. Dan, kadang kadang juga benda yg jadi tu tak sama jalan ceritanya macam apa yg kita nak. Sebab apa? Sebab Allah tu dah cukup adil bagi setiap makhlukNya. Dia tahu apa yg terbaik untuk kita. Boleh jadi belum tiba masanya untuk diberi. Dan boleh jadi juga kau seharusnya dapat jalan cerita yg lebih indah dari apa yg kau pinta. Kita taktau kan. Ingat. Allah tak bagi apa yg kita nak, tapi Allah bagi apa yg kita perlu. Always have faith oh Him. Dont be disappointed when something doesnt work out the way you want it to. Allah is protecting you, and He wants to give something better. Percayalah. Kalau dalam kisah dongeng cinderella, pengakhirannya adalah bahagia. Enjoy your life!
XOXO
sarah,
Friday, January 2, 2015
2014 WILL STAY FOREVER
Happy new year and thank you for being there dear 2014. Sayangnya bila 2014 dah melabuhkan tirai, but it'll stay in my heart forever. Year of 2014 was the best, awesome, great year ever okay, serious talk! So many joyful, sweetness, happiness yg aku lalui in this year. Even ada sikit sikit part yg terumbang-ambing tu, tapi rasa malas gila nk ingat sebab seriously too many happiness happened! Praise be to Allah cz show me tht hidup memanglah tk selalunya indah, tp sebenarnya tk selalu jugak tk indah. He wants you to feel and through something, before you get yours. Seriously, all ups and downs yg kita lalui, sekejap je. Dan kalau kita ikhlas redha, kita mesti tk rasa beban pun. In shaa Allah.
For this upcoming year, i pray for the best and better in my life. Semuanya. Baik akademik, kesihatan, hati, diri. Ya Allah mohon jadikan diri siti sarah mohd sabri ni rajin, tolonglah hahahaha. To those who always with me, support me, thru thick and thin, up and down, thank you very much sebab aku takkan boleh tanpa korang. Nak balas budi baik each one of you, memang tk mungkin rasanya, but no worries, korang sentiasa ada dalam doa aku. May Allah bless all of you.
I've my own parts, as yours. Face it cz indeed, He knows you can bare it. Trust me. Tipulah kalau tkde part yg sedih, yg malang, haruslah ada, otherwise bukan perjalanan hidup namanya. Biasalah kalau rasa down tetiba, nak study malas, risau pointer jatuh, markah assesment rendah gila, risau buah hati dapat kat orang lain walaupun tk declare apa apa tk malu betul aku kan. Heh. Tp bila fikir balik, kenapa nak risau, kenapa nak ingat yg sedih sedangkan banyak yg gembira utk diingat.
Yes darling, too many happiness i really meant it. Have faith on Him. Allah akan jaga kalau tu memang milik kita, kalau tu memang rezeki kita kita akan dapat. So dont worry. Dan lebih penting, mesti ada seseorang di belakang kita en en. Hahaha tkleh tipu la yg tu.
There's a great woman behind great man. So do i. Family memang sentiasa ada. Sumpah tk tipu. And, someone tht always by my side thank you so much dear awak sebab tk jemu bagi nasihat kat saya. Maaflah saya mmg kadang kadang mood swing, suka rasa down tk tentu pasal. Dan saya tau awak dah faham pe'el saya en en hahaha. Kesian awak, tp seriously, thanks sebab selalu faham, selalu ada and buat saya rasa tabah. Mana nak jaga family, diri, risau buah hati jauh, belajar lagi, kadang kadang rasa nk give up, tp sebab ada someone yg now become part of me, saya rasa saya tk patut give up. Please stay with me. No matter how hard to be with me, no matter how hard to handle me, pls stay sayang. As i need you for the rest of my life. You're my behalf, yes sure i need you more than you even know.
"MAY THE HAPPINESS STAY & LONG-LASTING FOR THE REST OF MY LIFE. ALLAHUMMA AMIIN"
Saturday, December 20, 2014
RASA BERSALAH?
Bila kau buat sesuatu, lepas tu kau rasa tk sedap hati.
Tapi kau rasa apa yg kau buat tu taklah salah. Habis tu mcmana?
Lumrah manusia beb. Biasalah. Bila rasa betul, maka sampai
ke sudah pun akan fikir benda tu betul. Mungkin betul, benda taklah dosa.
Tapi ada kau fikir, mungkin apa kau buat tu, ada side effects ke tidak.
Atau mungkin, benda tu bila kau congak congak, mesti ada satu part yg
kau tersedar. "oh rasanya kat sini kot yg tk kena" Ada tak? But trust me.
kau tersedar. "oh rasanya kat sini kot yg tk kena" Ada tak? But trust me.
Bila kau sendiri yg sedar dgn apa yg kau buat, bila kau sendiri yg rasa
bersalah, mesti ada hikmah. You're lucky enough for hv that feeling.
bersalah, mesti ada hikmah. You're lucky enough for hv that feeling.
Sebab tk semua orang Allah detikkan rasa bersalah.
He said, "I know, what you dont know"
Mana kau tahu.
Mungkin Allah tu sengaja detikkan rasa bersalah tu dalam hati kau.
Sebab dia nak bgtau yg benda tu tk betul. Kau tk patut buat benda tu.
Kau tk patut post itu. Kau tk patut macam tu dan macam ni. dan bla bla.
Itu je cara Allah nak bg kau sedar. Maka ubahlah sayang. Apa kau nak fikir?
Dia sayang kau, sebab tu Dia pesan. Tapi dengan cara Dia.
Kau dah yakin itu petunjuk dari Tuhan kau. Apa kau nak fikir kata orang?
Yg lebih penting, Pencipta atau ciptaanNya?
Sampai mati pun kau takkan boleh puaskan hati semua orang beb.
Buang masa. Kau hidup bukan untuk manusia. So why bother?
Kau kena ingat, setiap apa yg kau buat, semuanya bermula dari niat.
Tu, hati tu. kalau kat hati dah salah niat, takkan mudah Allah bg kau buat.
Even kau dh buat, pastu tetiba rasa bersalah, rasa tk kena, tk sedap hati,
hah fikir lah balik. Adalah tu silap kat mana mana. Hati tu, punca segalanya.
Kalau cantik, maka cantiklah. Tapi kalau buruk, maka buruklah. Lagi satu,
kau kena tahu satu hal. Allah yg pegang hati kau.
Dia yg bolak-balikkan hati kau. Mintak pada Dia sayang,
In Shaa Allah Dia lagi suka kau mintak.
"Sebab kau selalu rasa macam tu kan rah? Aku sedang pesan pd diri"
"Wahai zat yg membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hatiku atas agamaMu,
dan atas ketaatan kepadaMu"
Subscribe to:
Posts (Atom)

