Pages

Wednesday, August 31, 2016

REHATLAH AYAH,

Mungkin ada yg belum tahu pd tanggal 27 Ogos 2016, maka telah pergi seorang ayah meninggalkan kami. Allah. Sungguh aku cuba utk bertahan, tp betul, ianya tak semudah yg disangka. Tak semudah yg diucap. Menjaga ayah sepanjang dia sakit dan kembali sihat dan sakit dan semakin teruk sehinggalah nyawanya diambil, amat sukar bagi aku utk melupakan semuanya. Apa yg berlaku di depan mata sangatlah buat aku terfikir, wahai Tuhan kenapa sebegitu cepat dia diambil? 

Tapi siapa kami utk pertikaikan semua. Lalu aku terfikir, bagaimana aku harus kuat tanpa seorang yg sentiasa memberi kekuatan kpd aku? Bagaimana aku boleh mengurus segala hal tanpa seorang yg sentiasa memberi tunjuk ajar pada aku? Mampukah aku utk terus menjaga apa yg dia titipkan. Mampukah aku utk terus kuat di depan mak dan adik beradik yg lain?

Masih terbayang wajah ayah. Gelak tawa ayah. Lawak ayah. Allah Allah. Kuatkanlah aku utk segala hal. 

Aku akui, Allah mengambil nyawa ayah dgn baik sekali. Inshaa Allah syurga tempatnya. Ayah dah tak sakit sekarang, ayah dah sihat. Ayah dah gembira kt sana. Tenanglah wahai ayah. Terima kasih sbb dah mendidik, menjaga segala kebajikan keluarga kita, dan sbb dah menjadi ayah yg terbaik cukup sempurna utk kami semua. Ayah tengalah dekat sana ya. Inshaa Allah kita janji kita akan jaga keluarga ni dgn baik. Maaf sbb ayah tak dapat tengok kita dgn adik konvo :'(

No comments:

Post a Comment