Pages

Saturday, September 14, 2013

MAK DAN AYAH

Assalamualaikum, hai semua :D
Harini rasanya nk kongsi sesuatu. Kejap ehh,upload gambar dulu.


Hihi, okay. Inilah gambarnya. Sangat bahagia kan? Alhamdulillah. Bersyukur sangat diri ni. Terima kasih Allah. Walaupun mereka taklah sempurna, taklah normal mcm mak ayah korang. Tapi mereka adalah mak dan ayah saya :) Aku tak pernah malu utk ada mereka dalam hidup. Sebab tanpa dorang, aku mungkin takkan ada sekarang. Dan aku takkan ada utk menaip blog di sini. Hehe. Dan korang pun takkan tau pasal dua orang insan ni. ( started to cry. Oh Allah )

Seriously. Sepanjang hidup aku, aku bahagia ada mereka. Korang bertuah. Sebab ada mak dan ayah yg tengok korang membesar. Tapi sayangnya, kiteorg tak. Penglihatan mereka ditarik masa umur 20-an. Bertemu jodoh di pusat orang buta. Berkahwin. Dan mempunyai anak. Dan masa tu dorang tak ada pilihan lain selain terus membesarkan kami tanpa penglihatan. Bunyinya macam susah kan? Ye, memang susah.

Jangan risau. Jatuh longkang. Langgar tiang. Dan seumpamanya. Itu semua perkara biasa bg orang orang mcm mereka. Tapi utk dapatkn rezeki, terpaksalah harungi. Siapa yg nak jadi buta? Susah kalau hidup tanpa deria penglihatan. Tapi apakan daya. Allah tu Maha Kuasa.

Kami tak macam org lain. Dari kecik, kamilah yg kena jaga mak dan ayah. Alhamdulillah, kami tak jadi anak terbiar. Kadang kadang diri ni teringin sangat nk tengok mak dan ayah kembali normal. Supaya mereka dapat tengok wajah wajah kami :) Allah is fair. Siapa tahu boleh jadi kenyataan kan. Allah knows better. I trust on miracle, In shaa Allah ape pun boleh jadi when He says kunfayakun. Okay, air mata aku tak berhenti jatuh dari tadi, Huhh

Sekarang aku dah besar. Kerana mereka membesarkan aku dgn cukup segalanya. Tiba masanya utk balas budi mereka. Budi baik yang tak terhingga. Sebab sanggup besarkan aku dgn segala kepayahan ! Hargailah mak dan ayah korang okay. Ya Allah, I pray for them. Please, bless and protect them here and the day after. Wherever they are, please give them a good health. Grant them your Jannah. Bless them in dunya wa akhirah Aamiin.

Terima kasih Pn Aminah dan En Sabri.
I LOVE BOTH OF YOU WITH ALL MY HEART

No comments:

Post a Comment